::aku dalam dilema::

May 19, 2011

Assalamualaikum ^^

salam satu Malaysia readers !!
aku dalam dilema???yupp.aku tengah konfius gila kucing neh nak koje kilang or koje kat kedai kain je untuk part time.drpd aku asek tanam anggur kat umah lebeh baik aku kuar cari duit kan.dapat lah shopping balik mcm dolu2 tuh :)(nanti2 lah aku pikirkan hal tu.nak story mory ngan korang rutin aku sejak seminggu menjadi ex-student usm ataupun lebeh cun dipanggil alumni usm)meh baca jom !! =)

tak sangka aku dah jadi surirumah sepenuh masa selama seminggu.nikmat betol weh.nikmat pon tak nikmat la sangat.yang nikmat tu dapat melantak dengan free lah.yang tak nikmat sangat tuh kena paksa jadi anak dara melayu terakhir.hahahaha.sebab nanti baru senang orang nak masok meminang kan (harap2 anak Raja la yang datang pinang aku.muahahahaha).semua koje umah serah aje kat aku.sebab tu lah jugak jarang2 aku dapat hapdate belog.tengah sibuk mempersiapkan diri untuk ke alam seterusnya lah katakan.heeeee~

pagi nie aku bekfast dengan cekodok pisang.sedap sampai menjilat kaki.dah lama aku tak wat cekodok.nak tau tak sebab apa? pisang kan boleh wat orang jadi gemok.tu yang seram sikit tuh.tapi disebabkan aku dah gian nak makan cekodok tutup mata je lah kan.hehehe :)

~cekodok pisang~

malam semalam aku melatih diri yang tak hebat mana neh buat agar2 pandan.nak sejukkan dalam peti sejuk.pastu melahap dengan sepuas-puasnya waktu tengah hari nie.sejuk je tekak kan.yummy2.^^ rasa tu dah okey.tapi rupa tak cun sangat lah.tapi aku tak kecewa sebab ada orang kata biar hodoh diluar tapi cantek didalam.ngeeeee~

~agar2 pandan~

untuk lunch hari nie pulak.tok aku yang amik alih tugas aku.hehehe.sebab menu utama lunch hari nie ialah gulai keladi siput belitong.my feveret dish lohhhh.tgk nama pon dah seram kan.hanya orang2 yang expert je boleh masak masakan nie.aku of cos la tak pandai lagi kan.tapi inilah masanya nak belaja :)siput belitong nie jarang2 boleh dapat.kalo ada pon dijual dengan harga yang agak mahal.kalo aku nampak siput nie kat mana2 pasar abeslah tok aku.sebab aku akan jadi kucing yang manja dan gedikss semata-mata nak beli siput itu.kah kah kah (tak kejam sangat kan ^^).

~keladi~

~siput belitong~


p/s: mari berjuang didapo :)

You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS