Resepi Kuih Cara Berlauk

May 07, 2014

Assalamualaikum ^^



Kuih Cara Berlauk


sapa tau apa nama makanan nie? sila angkat kening ! alaaaa. tau la semorang terror. tak tanya pon semorang dah tau. kann.. kann.. kuih cara berlauk nie antara makanan kesukaan aku. dan bila aku stress melampau, aku akan ke dapur untuk memasak. bila buat kuih nie, teringat pulak bulan Ramadhan. In Syaa Allah, tak lama dah. bagi yang belom pernah cuba memasak kuih cara berlauk nie, meh aku kongsikan resepinya. senang bangat ;)



RESEPI CARA BERLAUK

Bahan-bahan untuk inti :

200 gram ayam/daging kisar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit hirisan halia
2 sudu besar rempah daging yang dibancuh dengan sedikit air
beberapa helai daun kari
sedikit daun bawang/sup dan cili merah yang dipotong kecil kecil
garam dan gula secukup rasa


Bahan-bahan untuk adunan tepung :

2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 biji telur
Pewarna kuning
Sedikit garam



Cara-cara menyediakan inti :
  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga lumat. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang di tumbuk tadi. Masukkan rempah kari yang di bancuh dengan sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan daun kari. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap, angkat dan ketepikan dahulu.

Cara-cara menyediakan adunan tepung :
  1. Pukul telur + garam. Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  2. Kalau berketul-ketul, sila lah tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna kuning.
  3. Aku guna blender je, lagi senang dan pantas.

Cara-cara memasak kuih :
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti ayam/daging dan taburkan hirisan daun bawang/sup dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi.
  4. Tutup dengan menggunakan tudung periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan. done !



*SELAMAT MENCUBA

You Might Also Like

3 comments

  1. Ini kuih fav kita, pernah buat sekali je lepas tu dah malas hehehe..

    ReplyDelete
  2. Reti makan je tp x reti nak buat
    Tp next time nk cuba wat sendiri

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS