Lumrah Kehidupan
August 28, 2012Assalamualaikum ^^
Adakalanya kita perlu menagis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa.
Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata.
Syukurlah jika ada yang menyakitimu, kerana dia mengajarmu erti tabah.
Syukurlah kiranya ada yang tidak mempedulikanmu, kerana dia mengajarmu berdikari.
Syukurlah jika ada yang menjatuhkanmu, kerana dia menghebatkanmu untuk terus bangun lagi.
Syukurlah kiranya ada yang menyiksamu, kerana dia mengajarmu kesabaran & ketabahan.
setiap yang belaku dalam hidup mesti ada hikmah disebaliknya.manusia hanya mampu merancang.hanya Allah yang akan menentukan apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.pohonlah keampunan daripada Allah jika melakukan kesilapan.berdoalah pada Allah jika inginkan sesuatu.mendekatkan diri kita dengan Allah akan menjadikan kita insan yang paling tenang.insyaAllah.musibah yang berlaku dalam hidup mungkin disebabkan kecuaian kita sendiri.maka, pada Allah jua la tempat kita meminta.sama-samalah kita memperbaiki diri ke arah yang lebih baik :)
0 comments
Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih