" Dia Untukku "

October 07, 2011

Assalamualaikum ^^

hai korang !! buat apa malam neh? tengok semanis kurma tak tadi? tajuk best wooo malam neh.hehehe."DIA UNTUKKU" bagi sesapa yang masih belom bertemu jodoh sesuai amat layan topik tuh okeh.malam neh dorang jemput imam muda Muhammad Asyraf ngan isteri dia yang comei lotei.sweet bangat dorang berdua ^^

oriteeee.sesapa yang termiss semanis kurma malam neh jangan nanges ekk.meh aku nak sharing2 sikit apa yang dorang dah bincangkan.ngeeeee :)tapi taklah aku nak citer semuanya okeh,kang berjela-jela entri neh sampai korang juling mata plak nak baca.hehehe.



tips2 untuk mendapatkan perkahwinan yang diredhai oleh Allah...


(1) perkahwinan yang dilangsungkan mestilah betol2 berlandaskan Al-Quran & Sunnah, dan berpacakkan pada tiang agama.

(2) perkahwinan mestilah mendapat restu daripada ibu bapa.penting tuh !! :)toksah dok main kawen2 lari sampai ke lombok plak ekk.hehe

(3) jangan terlalu memilih jodoh yang terlalu sempurna.neh lah salah satu sebab ramai tak kawen2 lagi.tiada manusia pon yang sempurna dalam dunia neh.aku tak sempurna,kau pon tak sempurna.

(4) tak perlu lah nak cari yang kaya raya sangat.harta tuh lama2 pon abes jugak.tak perlu lah nak cari yang cantik superb amat,kacak gila tampan.lama2 pon tua dimamah usia,kerepot jugak jadinya.

(5) sebaik-baiknya nak pilih jodoh,pilihlah yang beriman.

(6) nak mencari yang terbaik,haruslah cermin muka tu dulu okeh.means ubahlah diri supaya jadi yang terbaik jugak.

(7) bagi kaum hawa, berusahalah untuk menjadi wanita yang solehah jika mendambakan suami yang soleh.

(8) yang penting sekali,kenalah selalu berdoa kepada Allah.mohon dikurniakan jodoh yang sebaik-baik manusia.selalu buat solat istikharah,solat hajat.bukan sekali je tapi lebih afdal kalau berkali-kali.walaupon belom ada calon sekali pon,buat je solat istikharah supaya mendapat petunjuk jodoh yang dicari.

(9) kalau yang tengah hangat bercinta tuh,sila lah jaga adab & maruah masing2.elakkan maksiat.lelaki ibarat kucing,wanita ibarat tikus.ikutkan hukum alam,kucing yang akan mengejar tikus kan.jadi,wanita perlu kuat.jangan sesekali jatuh dalam lembah nafsu.jangan biarkan tikus jadi mangsa kucing.jaga2 lah aurat & batas masing2 yekk.

(10) jangan frust terok2 kalau putus cinta.mungkin ada hikmah disebaliknya.Allah telah sediakan yang lebih baik daripada yang terbaik buat kita.even kalau dah kawen pon,then,bercerai.mungkin Allah dah sediakan jodoh lain yang jauh lebih baik buat kita.jangan pernah menyesal dengan sebuah perkahwinan.perkahwinan adalah satu ibadat yang menyediakan pahala berlipat ganda bagi yang melaksanakannya dengan ikhlas.


last but not least,jom amalkan doa2 supaya dikurniakan jodoh yang baik & diredhai Allah :


Surah Toha - "Ayat 131 & 132"

Surah Al-Mukminun - "Ayat 29"

Surah Anbiya' - "Ayat 89"





p/s : fuhhhhh.ada gaya macam ustazah tak aku? hahaha.cukuplah setakat tu ekk.neh pon aku dah rasa panjang berjela da.hehehe.semoga kita semua dikurniakan jodoh yang terbaik dari Allah.insyaAllah :)


"aku ingin menjadi isteri yang terbaik buat suami" 

You Might Also Like

10 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS