wajah yang manis :)

October 04, 2011

Assalamualaikum ^^



ada satu cerita yang aku nak kongsi dengan korang semua malam neh.jom baca :)





Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Lelaki itu mengadu :

"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Guru menjawab sederhana :

"Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang sederhana namun wajahnya tidak pernah keruh dan selalu ceria. Menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu dia tidak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya khalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Namun sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum dan mukanya berseri. Tidak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat:

Awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan: Senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.


moral value of the story "walau sebesar mana pon masalah yang kita hadapi sentiasalah tersenyum dengan ikhlas.senyuman manis seorang perempuan mampu cairkan hati seorang lelaki.senyuman riang seorang ibu mampu hentikan tangisan seorang bayi.senyuman gembira seorang sahabat mampu buatkan sahabat yang lain pon tersenyum bersama.jadi,ringan-ringankanlah bibir korang semua untuk sentiasa tersenyum :) :) :) sabar itu ada ganjarannya.insyaAllah..."






sumber : iluvislam


You Might Also Like

5 comments

  1. msred mmg suka senyum... tak susah pun... even dgn org yg tak suka msred pun msred senyum...

    ReplyDelete
  2. motivasi pagi yang bagus untuk saya..:)senyum bahagia..:)

    ReplyDelete
  3. weeeee
    suke senyuuuummmm!=]
    heheheh
    sebb nnti awet mudeee

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS