Jumaat.

Assalamualaikum ^^



Alhamdulillah. kalau korang masih dapat baca entri ni sambil minum kopi, maka bersyukurlah Allah telah panjangkan lagi usia kita sehari. sebab kita tak tahu apa yang Allah dah aturkan untuk kita di hari yang mendatang. mungkin jugak hari ni kita bakal bertemu dengan jodoh yang selama ni dah lama kita tunggu. mungkin jugak hari ni kita mendapat berita dengan kehadiran zuriat yang baru. ataupun hari ni ada kejutan istimewa daripada insan tersayang. itu semua rezeki daripada Allah. maka bersyukurlah. 

ataupun kita bakal mengalami kecelakaan. mungkin juga dugaan atas dosa dosa yang lampau. jadi masih ada masa untuk kembali pada Allah dan bertaubat. InsyaAllah. semalam kita menangis, mungkin untuk kegembiraan hari ni. sejauh mana kita merancang, biarlah Allah yang tentukan baik buruknya sesuatu. bila kita belajar bersyukur, ada kemanisan di penghujung jalan. bersangka baiklah pada Allah. salam Jumaat :)




1 comment:

  1. waalaikumsalam..eh ayu, sha xminum kopi, minum teh ja haha..slm jumaat wlupn dah ahad ni haha..thnks for sharing

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih