Bersiar-siar di Penang Botanical Gardens


Assalamualaikum ^^

bukan senang dah nak update entri sekarang ni. idea kering kontang. haha.. nak buat intro je pon sampai berjam jam. draft pon belambak lambak yang tak habes edit lagi. hmmm.. tengah brainwash diri sendiri neh haa. harap harap ada la hasil yang memuaskan :)

okeh. ini cerita aku weekend yang lepas. suami belom ada nak ajak dating pon. maka, aku bawaklah family aku keluar jenjalan. hehe.. terperap dalam rumah je pon tak best jugak. otak jadi lemau. bila dah lemau tu, paham paham je laa. errr..

aku decide nak bawak family pegi tempat yang tenang sambil hirup udara segar bugar. kalau shopping mall tu setakat nak tengok wayang, makan or shopping boleh la layan. kalau sekadar nak jalan jalan cuci mata dan usha orang bagai tu memang tak lahh. not my taste. haha!

so, Penang Botanical Gardens jadi pilihan. aku tengok majoriti yang datang tempat ni adalah chinese dan foreigner. melayu berapa kerat sangat je. nanti kalau dah ada anak anak, tempat macam ni lah aku bawak dorang melepak. InsyaAllah. hihi..


Penang Botanical Gardens

Location : Georgetown, Penang.
No entrance fee
Tam train : RM 2.00 each person

tempat ni juga dikenali sebagai kebun bunga atau waterfall gardens. takot nanti korang confuse dengan sign board yang atas road tu before nak sampai sini. dan juga perlu korang tahu bahawa sini banyak kera atau monyet ye. so, kalau bawak makanan tu kena hati hati la. better tak payah bawak lah. takot nanti monyet datang menyerang. kang lari lintang pukang. haha.. 


semua kelaparan. tengah cari makan. huhu

view daripada atas train. sebab tak laju, so, sempat la snap :)

alololoo.. acah acah minah bunga pulak dah. haha

sini ada juga rumah cactus dan rumah orkid.

kalau tak silap ni dekat japanese garden.

lawa sungguh bunga oren ni. gerammm. abaikan model sebelah yang dah semakin menggemok tuu. sobsss

antara bunga bunga yang ada.

subhanAllah. cantik ciptaan Allah.

pokok ni memang menarik perhatian. sebab sekali pandang nampak macam buah kelapa kan. lupa pulak nama species pokok ni. huhu

hai awak. jom berkenalan. apa nama facebook? kikiki


sebenarnya tempat ni agak luas. so, kalau nak explore semua dengan kederat yang ada, memang berpeloh jugak lah. kalau tak larat, naik je train yang ada dekat situ haa. tempat ni sesuai sangat kalau nak berwedding photoshoot. nak buat drama hindustan pon boleh. guling guling atas rumput. perghhhh! hahaha.. so, bila bila free boleh la datang sini beriadah eh :)



1 comment:

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih