­

Cerita Hari Raya Cik Ayu (2014)

August 06, 2014

Assalamualaikum ^^


hamboihhh.. kemain tajuk dia kan. macam drama melayu ! ok. amacam raya hampa? happening tak? ka suam suam kuku ja. ehekkkk.. aku sampai sekarang masih mood raya tau. walaupun jasad dalam office, tapi otak aku dok refresh saat saat aku menikmati ketupat dengan rendang ayam, cicah nasik impit dengan kuah lontong. perghhhh.. *meleleh ayaq liuq. kalau boss perasan neh, mati aku kena bahan. hahaha.. 

bagi aku, raya tahun nie bersederhana ja. macam jugak tahun tahun yang lepas. no different. umoq pon dah menjangkau 2_ dah. *sila isi tempat kosong. dah tak dapat nak kumpul duit raya macam zaman kecik kecik dulu. kena bagi orang pulak duit raya. hakhak.. jealous bila tengok adik lelaki aku balik dengan dua dua belah kocek baju melayu dia padat dengan duit raya. fuhhhh.. 

yang menjadi mimpi ngeri buat aku adalah bila raya as single. sebab bila sedara mara datang ja umah, konfem tanya soalan yang scary mary kau !  hang bila nak kawen? bila hang nak kawen? kawen.. kawen.. kawen.. tanya la soalan, bila aku nak jadi jutawan ka?! bila nak kurus ka?! hmm.. hmm..  kalau lah boleh upah orang jadi suami aku sat buang 2,3 hari ka, dah lama aku buat k. hahaha.. 

dan tahun nie lah pertama kalinya raya tanpa tok wan. tak dapat nak cium tangan tok wan. tak dapat nak bermaaf maafan dengan tok wan. rindu arwah sangat sangat. dalam tak sedar, dah sebulan arwah pergi. :'( Al-Fatihah..



1st Syawal : bersama jantung hati aku. muka aku memang resemble tok very much. copy paste katanya. ala ala chubby cibi maruko chan gituhhh. hahaha

2nd Syawal : nie lah 5 beradik dunia akhirat. aku lah yang sulong. aku lah yang paling tua. hmmm.. susunan mengikut hierarki dah ni kot. kikiki
2nd Syawal : 'sayang, bawak i pi jalan jalan tau'. ehemmm 



3rd Syawal : dah hari raya ke-3 baru sempat nak keluar rumah. baru sempat nak jalan jalan. baru sempat nak serbu open house. baru sempat nak makan sampai terjojol pusat. baru sempat nak membulatkan diri sendiri. kahkah

3rd Syawal : nie lah sweetheart aku yang paling setia ! muka kitorang memang tak seiras. tapi hati sama. hati tisu ! hahaha






sekian.. itu je lah ceritanya raya cik ayu di Penang. tak perlu dengan kemewahan untuk merasa meriahnya hari raya. cukuplah sekadar dapat bersua muka, bersalaman dan bercium tangan dengan insan insan yang tersayang di hari lebaran. walaupun serba sederhana, tapi nikmat keindahan Aidilfitri tetap dirasa. semoga kita dapat bertemu lagi dengan Syawal tahun depan. InsyaaAllah..

You Might Also Like

4 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS