Doa Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum ^^

SubhanAllah.. cepat benar masa berlalu. Ramadhan kian berlalu pergi. sudah cukupkah ibadah yang kita lakukan dalam bulan yang mulia ini ? tahun yang akan datang belom tentu kita masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan. semoga Ramadhan kali ini banyak membawa perubahan yang baik kepada kita semua. InsyaaAllah..

kita dah memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. malam Lailatul Qadar yang dikejar dan dicari. semoga kita dapat bertemu dengannya. Amin Ya Rabbal Alamin..

Rasulullah SAW bersabda : 
" Bersedialah dengan bersungguh sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam malam ganjil di sepuluh malam akhir bulan Ramadhan."
(Hadis Riwayat Aisyah ra)




dan juga pasti ramai yang turut berduka dengan tragedi buruk yang berlaku baru baru ini. #prayforpalestine #prayformh17. ini semua berlaku atas kehendak Allah. 'kun faya kun'. mungkin ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan kepada dunia. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Allah adalah sebaik baik Perancang. mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. semoga kita sentiasa tabah dan sabar dalam mengadapi segala dugaan. memang berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul beban. jika kita tidak mampu berbuat apa apa, jangan ditambah pula kedukaan mereka. cukuplah sekadar kata kata baik dengan iringan doa. doa yang ikhlas dari hati. sesungguhnya doa itu senjata paling kuat umat Islam. 






Comments

  1. sama2 kita berusaha, dan semuga menjadi rezeki kita tahun ni

    ReplyDelete
  2. slmt hari raya cik ayu yg cute..awatnya lama xupdate blog???

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih