pelakon korea berlakon dalam drama melayu "Autumn Di Hatiku"

June 27, 2013

Assalamualaikum ^^

daebak daebak ! "Autumn Di Hatiku".teringat pulak korean series "Autumn In My Heart" yang tersangat lah femes serta meletop letop dolu dolu tew.ingat lagi, lepas balek je sekolah kemain terus ternganga depan tv, mata terbeliak tak berkelip kelip dah semata mata takmau miss even satu scene pon dari drama tu.huhuhu..makan pon tak hengat, mandi lagi lah ke laut.tediaaa, k-pop habes dari dulu sampai lah sekarang.hahah..

tengok tajuk "Autumn Di Hatiku" pon dah rasa best semacam je kan.ihikksss..mana tak bestnya, pelakon korea datang Malaysia semata mata nak berlakon dalam drama melayu.homaiiii~ *pengsan

*petikan daripada http://mforum.cari.com.my..


Media Prima akan bakal menayangkan sebuah drama romantik komedi yang bertajuk AUTUMN DIHATIKU. Dengar tajuknya tentu saja akan mengingatkan peminat kpop dengan drama tahun 2000 iaitu Autumn In My Heart tapi jangan tersalah sangka semua ianya tiada berkait langsung. Semua pengambaran drama dijalankan di Malaysia. Mari kita baca sinopsisnya oke..

Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis manis dan happy go luck bernama Nina (lakonan Hanez Suraya)yang berkerja di kedai roti. Akibat landakan Hallyu Wave Korea yang melanda Malaysia, Nina juga tidak ketinggalan, dia adalah seorang peminat K-pop yang fanatik. Kehidupannya segala-galanya mesti bersangkut paut dengan Kpop dari pakaian sampailah sanggup belajar bahasa Korea. Bersama dengan Jaja (Ezzaty Abdullah) adalah kawan paling karib dia adalah juga peminat drama Korea, dan tentu saja bila bertemu cuma bergosip dan bercerita hanya tentang drama Korea apa yg terbaru dan apa yang berlaku dalam drama tersebut.

Nah...satu hari seorang pemuda Korea singgah dikedai roti tempat Nina berkerja. Jatuh cinta pandang pertama itu yang terjadi pada Nina ketika melihat Park Au Tum (Kim Jin Sung) yang  tentu saja menepati segala citarasa impian Nina.  Autumn (nick yang diberi Nina) datang ke Malaysia untuk urusan perniagaan kurang fasih berbahasa english manakala Nina pula seorang yang pemalu dengan lelaki.

Zidick (Aiman Hakim) adalah merupakan rakan sekerja Nina yang fasih berbahasa Korea kerana dia pernah tinggal di Korea, kini menjadi guru bahasa Korea Nina kerana Nina memaksanya mengajar bahasa Korea semata-mata ingin mendekati dan menarik perhatian Autumn. Zidick pula memang menyukai Nina sudah sekian lama tanpa disedari oleh Nina.

Nina dan Jaja pula selalu menghadapi masalah dengan Kai (Anas Ridzuan) anak tuan rumah yang disewa oleh Nina dan Jaja. Satu hari Kai  mempermainkan untuk tujuan memalukan mereka berdua memberitahu mereka telah memenangi pakej percutian ke Korea. Kai sebenarnya dalam dalam diam menaruh hati pada Jaja. 

Apakah berlaku kepada mereka? Dapatkah Nina memikat Autumn? Apakah Park Autumn tahu bahawa seorang gadis Malaysia telah jatuh cinta kepadanya? Bagaimana pula helah Zai tentang pakej melancong ke Korea itu? Apakah Nina menyedari yang Zidick mencintai dia secara diam? Dapatkah Zai menarik hati Jaja yang membenci dia atas segala perkara yang menyakitkan hati dilakukan Zai kepada Jaja dan Nina?











selamat menonton korang korang ! ingat eh, hanya di TONTON je tau  :)







sumber gambar

You Might Also Like

4 comments

  1. Dengar kata kat tv3 pun ada start 3 Julai nanti. Autumn comel :D

    ReplyDelete
  2. eh..eh..eh..plakon korea tuu..pndai tv3 tarik duit..daebak !! :3

    ReplyDelete
  3. tolonglah drama melayu buat cerita 'collaboration' korea yg bermanfaat seperti medic genre k,CSI genre k,lawyer genre k,astronomic genre..haduh..baru nk tunjuk kt korean yg malaysian girl nie sopan bertudung..berbeza dr korean girl.. so sad.. me also kpoppers..tp xd la smpi gila cenggitu..heh.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Mohon sokongan terhadap Mioni Online Fashion Store. Menjual pakaian fesyen Korea pada harga yang amat rendah. Mohon sokongan kalian untuk sebarkan kepada rakan-rakan Facebook.
    Layari mionishop DOT blogspot DOT com dan facebook DOT com SLASH mionishop untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih semua.

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS