­

Awak Suka Saya Tak?

June 06, 2013

Assalamualaikum ^^

homai.. hari nie dah hari khamis kan.tup tap tup tap, dah nak masuk weekend.ohoiii, cepat nau masa berlalu.tak sabar pulak nak bertemu dengan bulan Ramadhan.tinggal berapa hari je lagi kan.korang korang tuh dah ganti puasa belom? baik cepat sebelum terlambat :)

ok ok.meh sini kejap.nenek muda nak story story sikit pasal novel yang daebak neh.baca sinopsis je dah jatuh cinta.terus cepat cepat rembat novel yang bertajuk 'AWAK SUKA SAYA TAK?' nie. ehemm.. kalau tanya soalan nie dekat sesapa mau luruh jantung die kan.hahaha..

novel nie hasil karya Melur Jelita.novel novel beliau memang meletop kot bak bertih jagung yang pop pap pop pap gitew.tapi tebal novel nie memang tak boleh habes lah kalau baca sehari je.nak pulak aku nie jenis kalau baca novel memang lambat sikit.mana taknya, aku baca kejap, pastu aku berangan jadi heroin. then, bayangkan wajah hero tu kacak tahap mana.rugi kalau tak guna kuasa imaginasi kite lorrr.muahahaha..



first time pakai shawl nie dah jatuh cinta pulak :)


Sinopsis Awak Suka Saya Tak?


Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha


*salam Israk Mikraj buat semua umat Islam di seluruh dunia.selamat bercuti yang tengah bercuti hari nie tu.selamat bekerja buat dahku dan insan insan lain yang sedang bekerja jugak ^^ Penang tak amik cuti nie..tskkkkk T_T






You Might Also Like

3 comments

  1. Macam best je novel ni..hehehe :)

    ReplyDelete
  2. Mmg bez thp gaban.. adores melur jelita..huhu... pastu smbg bca I love u stupid!.da bis smbg bca smbgnnya my precious iris.. br tahu pnangan melur jelita..hihi

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS