Tips Memilih Tudung

February 28, 2013

Assalamualaikum ^^

sambil menunggu masker arang yang hitam melegam di muka ini kering, mari kita update entri duluuuu ! :)

korang korang.. korang suka pakai tudung apa? eh, tetiba kan tanya soalan yang entah apa apa.ahh, tak kira.jawablah cepat ! huuuuu ^^ tolong jangan jawab tudung periuk atau tudung salji okkey.hahaha.maksud aku, tudung yang korang pakai hari hari tu lah.pakai pegi keje, pegi kelas, dating, dinner dan segala bagailah.

tudung kan dah memang sangat belambak lah jenis sekarang nie.sampai dah kadang kadang tak boleh nak beza nie tudung kepala atau alas meja.sebab dah cantik sangat kan.nama pon dah bermacam ragam.sedap sedap pulak tuh.kiranya macam boleh choose one of the name letak as nama anak.*ok.memang melampau.

tapi, bentuk wajah dan warna kulit seseorang adalah aspek yang penting dalam pemilihan tudung dan gaya bertudung.bagi aku pulak, main hentam saja.asalkan warna itu cantik di mata, berkenan di hati.aku sental je pakai.hewwww :] anyway, i love bawal more ! bawal memang tak lekang dek hujan tak lapok dek panas.*eh, betol ke nie? dah lama tinggal BM :'(  

walau apa pon tudung pilihan korang, meh sini aku nak share tips memilih tudung yang aku baca dalam majalah DARA.mana lah tahu kan, kot kot boleh ikut dan dengan serta mertanya jadi cun melecun macam Norjuma :)



13 TIPS MEMILIH TUDUNG

1. Pastikan tudung tersebut sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka.

2. Sebaik-baiknya, gunakan tudung yang mudah untuk dibentuk dan sesuai dengan apa baju sekalipun.

3. Jika korang meminati tudung yang berkonsep kontemporari, korang boleh menggunakan fabrik organza di lapisam luar.

4. Bagi mengelak daripada wajah nampak lebih tua, elakkan memilih warna yang gelap dan kusam.

5. Elakkan juga memakai tudung yang sama warna dengan baju.

6. Tudung yang kosong dan berwarna cerah boleh membuatkan korang kelihatan lebih ceria dan lembut.

7. Jika wajah korang bebrbentuk bulat, elakkan memakai tudung bercorak penuh.

8. Jika korang memilih untuk memakai baju yang bercorak, padankan dengan tudung yang mempunyai warna yang paling sedikit di baju.

9. Bagi mengelakkan pemakaian tudung kelihatan tidak kemas dan menggelembung, pastikan tudung dikemaskan rapi di bawah kerongsang.

10. Jika korang berkulit cerah, warna yang sesuai adalah ungu, hijau dan lavender.warna-warna ini akan membuatkan wajah korang kelihatan lebih segar.

11. Bagi korang yang berkulit kuning langsat pula, memakai tudung berwarna lavender, merah jambu dan biru pasti membuatkan wajah korang lebih menyerlah dan berseri.

12. Berbeza pula untuk korang berkulit sawo matang, warna kuning dan hijau akan membuatkan korang keliahatan lebih cerah.

13. Jika korang menggunakan cekak menggantikan anak tudung, sebaik-baiknya gunakan cekak yang nipis.

*cejuk mata memandang ^^



You Might Also Like

3 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS