Assalamualaikum ^^
Salam Jumaat yang penuh barakah ♥
Salam Jumaat yang penuh barakah ♥
sejak dua tiga menjak nie aku perasan lah dalam fesbuk tuh ramai manusia yang post gambar kelibat objek yang berwarna kuning seperi bantal.dan ramai pula yang bergossip tentangnya.menjadi kegilaan manusia di seluruh pelosok dunia.semestinya objek itu boleh dimakan sebab kebanyakan komen dari mereka mengatakan objek itu sedap dan enak serta lazat.maka, faham lah aku bahawasanya objek itu adalah makanan.
makanan itu diberi nama "Durian Crepe".ohhh..durian pujaan hatiku.setelah diteliti dan diGoogle, baru lah aku tahu rupa rupanya durian crepe nie adalah sejenis dessert iaitu pencuci mulut.kata mereka yang pakar, durian crepe nie enak dimakan ketika sejuk.kata mereka lagi, durian crepe nie terdiri daripada isi durian dan special cream yang dibalut dengan lempeng yang sangat nipis.
*Gulppp ! sambil menaip sambil telan air liur.keterujaan memuncak.jiwa dan raga dah teramat eksaited nak rasa durian crepe nie.lalalalala~ kalau nak buat sendiri pon diri ini masih belum berada di zone kerajinan.boleh ke dessert nie di order online ek? tahan lama ke? kang sampai sampai rumah durian dah jadi tempoyak.hahaha.




