­

4 Hari 3 Malam Di Yogyakarta - Day 3

March 10, 2017

Assalamualaikum.

Sambungan daripada entri -- DAY 2 : 04 FEBRUARI 2017


DAY 3 : 05 FEBRUARI 2017

Keesokan paginya kami keluar lambat sikit daripada sarang. So sempatlah nak breakfast dulu di hostel. Makan nasi goreng je bersama kopi o panas. Nasi goreng aku buat lagi sedap kot. hehehe. Hari ni kami memulakan destinasi menuju ke Hutan Pinus. Apa kau ingat hutan tak cantik? Hutan la tempat yang menenangkan jiwa dan sanubari tau.


BREAKFAST


Makan sambil menikmati view yang sangat indah ini. Gunung merapi kelihatan sangat tampan di sana. Sayangnya kelmarin ketampanannya terselindung di balik kabus tebal


Hutan pinus terletaknya agak jauh dari Edu Hostel. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kami melalui kawasan yang berbukit, bergaung, berhutan dan jalan yang bengkang bengkok, memang tak ubah macam jalan nak ke Balik Pulau. Opss, lupaa. Hari ni supir kami bertukar turn pulak. Dari Pak Yeosi ke Mas Deni. Nanti aku review sebagus mana service mereka ni. Stay tuned okeh!


HUTAN PINUS

Murah saja dong entrance fee nya

Buah pinus 

 Nami Island versi Jogja

Dah nama pon hutan pinus. So, ada pokok pinus je laa. Jangan nak harap ada pokok durian pulak. hahaha

Hutan ni agak la luas. Carilah port bergambar ikot suka hati korang. Sapa pon tak marah


Toilet dan surau juga ada disediakan di sini. Jangan risau


Lepas dah habis explore satu hutan ni, kami pon berangkat untuk ke next destination iaitu Pantai Timang. Jauh jugak nak ke sana. Lebih kurang 2 jam perjalanan. Sampai tertidoq jugak la kami dalam kereta. Supir pulak macam ada ketoi emas dalam mulut. Not so friendly. Sepatah tanya sepatah jawab. Langsung takdak rasa macam nak promote keindahan negara sendiri pada tourist. Kami pon dah give up nak tanya macam macam. hahaha

Sesampainya di kawasan berdekatan Pantai Timang ni, kami nak menjamu selera dulu. Katanya ada kedai yang menghidangkan masakan lobster yang tersedap di sini. So why not give it a try. Dah alang alang sampai dari jauh kan


LUNCH 

Pak Siswanto Timang Lobster. Actually dorang bukak perniagaan ni dalam rumah dorang sendiri. So ada la tv, toilet dan ruang solat semua


Hasil tangkapan mereka tak berapa bagus lately ni, so harga lobster agak mahal

Kami ambik 2 ekor je. Dan tambah sotong

Kesemuanya memang sedap belaka. Highly recommended

Lepas dah selesai makan dan solat, kami pon dah ready nak terkinja kinja di Pantai Timang. Ingatkan pantai tu dah dekat area ni. Punyalah excited nak jalan kaki. Rupanya kena naik ojek (motosikal) pulak. Then, sampailah 4 ketoi ojek depan kami semua berpakejkan driver sorang satu. Errrr. Aku macam rela je naik ojek tu sendiri daripada orang lelaki yang bawak. Geli tau. Kalau terpelok macam mana? Haram naa. hahaha. Well.. we got no choice. Redah je laaa. Yang penting jangan terpelok orang depan sudah. tskkk

Nasib la yang bawak tu sebaya adik aku ja. Baru beberapa minit naik ojek tu, aku dah rasa kesengsaraannya. Mental dan fizikal mula terganggu. Macam nak teriak dibahu adik tu. Ingatkan jalan nak ke Gunung Merapi semalam tu dah paling rare dan ngeri. Rupanya ni lagi seram oii. Dah berapa kali aku tanya adik tu bila nak sampai dan dia dengan releknya jawab 'jauh lagi kak'. Dia taktau ka yang aku kat belakang ni punya struggle namati nak balancekan diri supaya tak melampaui batas dan adab naik motor. phewww~ Sampai sampai je aku rasa macam dah takdak bontot! kahkah. Tak digalakkan la untuk wanita yang tengah mengandung dan golongan yang dah berumur. 

Haa, lupa pulak nak cerita. Masa nak beredar dari tempat ni terserempak dengan sekumpulan backpackers Malaysia yang very friendly. 3 orang. dan semuanya jejaka. Memula ingatkan jodoh tapi rupanya jodoh ke laut. hahaha. Dorang baru sampai dan baru je order makan. So tak dapat lah nak borak panjang. Kami dah nak blah


PANTAI TIMANG



Keistimewaannya Pantai Timang ni adalah gondola yang warna kuning tu. Of course la nak naik dikenakan bayaran. Penat tau dorang nak tarik kau ke sana dan ke sini nanti. Pakai tangan kot. So bayarannya agak setimpal dengan penat lelah dorang. Tapi tu laa. Aku tak naik pon. hahaha. Takot weh. Aku risau aku sampai sana tak sempat balik sini semula. Dah la tak pandai berenang. Safety jacket pon dorang tak provide. Malang tak berbau. So tak berani nak take risk. Yes, i'm not so positive person. Layan view yang indah pon dah cukup memadai bagi aku. huuuu


Acah je mampuu. hahaha

Kami semua tak naik gondola tu. Sehati sejiwa sangat kan. hahaha


Ada banyak port untuk bergambar dan ada juga yang dikenakan bayaran

Model dan photographer berpisah tiada. hahaha


Breathtaking view. SubhanAllah





Lepas dah habis mengembara seluruh pelusuk pantai ni, kami pon rasa nak balik dah. Gambar pon dah ambik berjuta lemon rasanya. Senyum pon dah mula kelat akibat bertarung dengan keletihan dan kepanasan. 

Tetiba.. eh, terserempak lagi dengan group yang jumpa di tempat makan tadi. Dorang baru sampai. Sempatlah jadi model tak berbayar kejap. Dah ada orang offer nak ambikkan gambar kan. Layankan je laa. hahaha. Thanks ye Munir dan kengkawan! korang sporting banget


cc to photographer ohsem

Lepas dah melalui liku liku kesakitan bontot untuk kedua kalinya, kami pon bergerak untuk ke destinasi seterusnya. It was such a great experience visiting this place. Bila lagi nak merasa benda yang rare macam ni kan. hahaha

Mengikut itinerary, kami sepatotnya singgah di Bukit Bintang untuk melihat sunset. Namun disebabkan ada masalah komunikasi dengan supir kami, lokasi tu terbatal dengan sengaja. Hampa juga rasa hati ni. Nasiblah keadaan cuaca masa tu macam tak berapa elok dan sunset mungkin tak kelihatan. Kalau tak, nak je suruh supir tu patah balik jugak jugak jugak

Dengan bertemankan suasana yang begitu krik krik krik dalam kereta, kami semua ketiduran. Entah kenapa tetiba emosi supir kami seperti terganggu dan kerjanya jadi tak profesional. Putus cinta barangkali. hmmm. Sebelum sampai hostel, kami singgah sekejap di kilang menjual bakpia. Bakpia sangat terkenal sebagai ole ole khas jogja. Bakpia ni sejenis kuih yang dalamnya ada inti pelbagai. Yang biasa ada inti kacang hijau. Enak kalau dimakan panas panas


BAKPIA PATHOK (OLE OLE KHAS JOGJA)

Lokasinya di Jalan Ngasem

Bakpia premium ni adalah yang berinti selain daripada kacang hijau

Sesak dengan pelanggan

Bakpia yang biasa ni ada 2 jenis. Bakpia pathok 25 dan bakpia pathok 99. Bezanya dua nombor ni adalah pada saiznya. Bakpia pathok 25 bersaiz kecil, manakala bakpia pathok 99 bersaiz besar

Yangko ni macam kudapan atau manisan

Abon = serunding

In the making of bakpia. Sebab tu kalau datang sini boleh dapat yang fresh dan panas panas lagi

Haaa macam ni lah rupanya. Boleh bawak balik Malaysia sebagai ole ole

Malam tu kami lepak lepak atas rooftop hostel sambil layan angin malam. Tengah rancak berborak, suddenly ada beberapa orang jejaka misteri menegur kami dalam kelam malam. Surprisingly, dorang ni pon backpackers Malaysia yang baru sampai Jogja. 3 orang jugak. So we start to ice breaking. Introducing each other. bla bla and bla. Hamboi, dah kenapa kerap pulak jumpa orang Malaysia ni. Suratan atau kebetulan? hahaha

Sebenarnya malam tu kami nak ke Jalan Malioboro untuk kali keduanya. Nak shopping perabih duit, since malam tu dah last kan. Besok tu dah nak balik. Malangnya malam tu ada festival apa entah. So jalan tu ditutup. Terpaksa tukar plan.


Macet (traffic jammed)

Hampa dan kecewa rasanya tak dapat nak shopping. What to do. Terpaksa lah bawa diri ke tempat lain. Since malam kami belom makan lagi, so cari tempat makan dulu. Dengan bantuan supir teksi, kami tanyalah tempat makan mana best yang dekat dekat je.


DINNER

And finally he stop in front of this restaurant. Dekat je sebenarnya daripada hostel tapi lambat sampai sebab jalan macet

Not bad

Rahsia awet muda orang Jogja

Lepas dah kenyang, kami ingat nak mengopi la for the last. Kami pon start la google mana cafe yang best berdekatan restoran Lombok Idjo ni. Jumpa! maka dengan rasa keterujaan tahap kuasa dua kami pon decide untuk jalan kaki je ke tempat tu. 

Destinasi yang dituju adalah kedai Cerita Kopi. Dengar nama je pon dah rasa menarik kan. Sebenarnya macam bahaya jugak jalan kaki malam malam ni. Dah la kami semua ni perempuan melayu terakhir. Kalau bad things happen, tak dapet nak nolongnya. Nasiblah Allah lindungi kami malam tu. Alhamdulillah selamat jugak sampai ke tempat yang dituju.

Sesampainya depan kedai tu, semua mata terbeliak tengok signboard 'CLOSED'. hahaha. Taktau nak response macam mana masa tu. Nak gelak ka nak teriak ka. Kaki pon terus rasa sakit. Tapi hati ni lagi sakit oii. Kami pon dah give up nak cari kedai lain. Terus tahan teksi dan balik hostel! kihkih



*Malam tu semuanya pakat tidoq lambat sebab sibuk packing baju dan kemas bag semua. Besok dah nak check out weh! sobssss. Good night. Entri Day 4 akan menyusul. See you soon. K baii




You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS