4 Hari 3 Malam Di Yogyakarta - Day 2
March 03, 2017Sambungan daripada entri -- DAY 1 : 03 FEBRUARI 2017
DAY 2 : 04 FEBRUARI 2017
Bismillah. Maka bermulalah hari kedua kami di bumi Yogyakarta. Bangun seawal 3 pagi tau. Pukul 4 pagi supir dah terpacak depan hostel. Kami akan bertolak ke Gunung Merapi untuk meyaksikan keindahan sunrise. Selepas dalam sejam perjalanan, kami pon sampai ke tempat untuk menyewa jip. Nak naik ke tempat tu memang perlu naik jip okay. No excuse. Sebab hanya jip yang mampu meredah jalan yang penuh onak dan liku tu. hahaha
Selesai solat subuh di masjid berdekatan, kami pon bertolak untuk ke Gunung Merapi. Dalam satu jip boleh muat 5 orang termasuk pemandu. Jangan risau, jip ni dipandu oleh supir yang terlatih. Perjalanan ambil masa dalam hampir sejam jugak.
Jangan mimpilah nak snap gambar atau record live video ke apa. Macam naik roller coster kot. Bergetar habis tulang rusuk. Dan jangan terkejut monyet pulak kalau terdengar suara orang mengilai, menjerit, ketawa dan sebagainya. Itu perkara normal. hahaha. Time tu lah kau rasa macam nak menyumpah sangat. Nasiblah daya ketahanan fizikal kami ni agak kuat. Kalau tak dah lama terpelanting keluar jip. kihkih. Permukaan jalan berbatu dan berlopak dalam. Hanya yang expert je boleh drive melalui kawasan ni
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai dengan selamat. Keadaan masih gelap. Cuaca sangat sejuk dan berangin. Tunggu dan tunggu. Akhirnya matahari mula menampakkan diri. SubhanaAllah. Sunrise tak pernah mengecewakan walau berlainan negara. Memang sangat indah ciptaan Allah. Berbaloi lah bersakit sakit punggung tadi. Lemak pon dah banyak yang terbako. kihkih.
SUNRISE DI GUNUNG MERAPI
Adakah kita memandang sunrise yang sama?. Tapi awak di mana? Eh.. |
Bumi Yogyakarta tersergam indah |
Namun agak mengecewakan sedikit bila puncak Gunung Merapi sepertinya malu malu untuk menonjolkan diri. Berselindung di balik kabus tebal. What to do. Bukan rezeki kami hari tu. |
Cantiknya bunga Eldeweis ni. Sangat familiar dalam kalangan pendaki gunung |
Jip pon pandai posing. Seksi gitewww. Puncak Gunung Merapi di belakang sana masih jua tak kelihatan. hmmm |
Kasican lah ahkak nak posing jugakkk |
Lepas dah selesai cuci mata dan bergambar. Kami pon ke tempat lawatan lain yang berada di sekitar Gunung Merapi.
BATU ALIEN
Tempat singgahan pertama. Batu Alien |
Batu ni terdampar di sini terbawa oleh arus dari kesan letusan gunung merapi. Batu ni juga dikatakan aneh dan pelik sebab memiliki wajah manusia yang kelihatan seperti tengah bersedih. Nampak? Tengok depan mata memang tak perasan. Tapi dalam gambar sangat jelas |
RUMAH TERKESAN DARIPADA LETUSAN GUNUNG MERAPI
Tempat singgahan kedua kami adalah di rumah yang musnah akibat letusan gunung merapi |
Gunung Merapi ni merupakan gunung berapi yang paling aktif sekali di Indonesia. Gunung ni dikatakan sangat berbahaya sebab boleh meletus antara 2 hingga 5 tahun sekali. Sejak tahun 1548, gunung ni dah mengalami eruption sebanyak 68 kali. Kali terakhir eruption adalah pada tahun 2010 |
Antara peralatan yang musnah |
Habis meneroka di Gunung Merapi, kami pon turun dan meneruskan perjalanan seterusnya. Perot pon dah berdondang sayang akibat tak breakfast dari pagi lagi.
LUNCH
Lunch di sini. Atas suggestion supir kami |
Suasana agak nyaman dan tenang. Di kelilingi kolam yang penuh dengan ikan ikanan |
Nasi goreng special bersama jus alpukat. Rasa biasa2 je. Just nice |
Setelah perot kenyang diisi, kami ke destinasi seterusnya iaitu Candi Borobudur. Ramainya manusia taktau nak habaq. Sebab weekend kot. Jadi ramai yang datang berlibur
CANDI BOROBUDUR
Lihatlah betapa ramainya manusia kan. Photobomb di mana mana |
Setiap dinding di candi ni ada ukiran memasing yang berlainan dan mempunyai maksud tersendiri |
Gambar ni diambil oleh Remi Ishak versi Jogja. Sebijik weh samaa. muahaha |
Candi Borobudur ni sangat laaa luas. Penat jugak la pusing sana sini. Berpeloh peloh oii sebab cuaca yang agak panaih dan jugak bersesak sesak dengan orang ramai. Lepas dah habis explore, kami pon berangkat lah ke tempat lain pulak. Nak keluar daripada candi ni pon masih kena bersesak dengan penjual yang menjual segala mak nenek souvenier. Nak membeli belah di sini pon boleh tapi harganya agak mahal daripada di Candi Prambanan.
GEREJA AYAM
Masih ingat scene ni dalam AADC2? |
Gereja Ayam ni terletaknya atas bukit. So daripada bawah tu boleh pilih nak naik jip atau berjalan kaki. Bukitnya agak curam. Kami pilih naik jip je la. Dah la penat dan panaih, tak sanggup nak hiking pulak |
Kawasan dalam badan ayam tu |
Perlu naik tangga ni untuk ke puncak kepala ayam tu. Naik kena ikot turn. Sangat la sempit weh. Sila hati hati lah ye |
Masa ni belom ramai orang lagi. So boleh laa posing dengan tenang walaupun terpaksa menyengkang mata tengah panaih. The best time untuk datang sini adalah pepagi buta sebab sejuk dan boleh tengok sunrise |
Dan beberapa saat kemudian, penuh oii. Muka memasing pon dah capek. hahaha. Tak boleh lama lama atas ni. Ada orang lain lagi menunggu kat bawah dan tempat agak limited. Selesai bergambar, kami pon blah la. Ketiak pon dah belengaih. Jom balik hostel rehat! |
Traffic jam. Waktu puncak ni. Jalan di sini agak sempit dan kenderaan banyak. Cara dorang drive agak mengerikan. Main hon sesuka hati dan cilok mencilok macam perkara biasa |
Kalau berhenti di traffic light, selalunya akan ada penjual yang berjalan kaki ke setiap kenderaan menjual barangan mereka. Nampak macam bahaya. Tapi mungkin undang undang membenarkan mereka untuk mencari rezeki seperti itu |
Kebutuhan tu maksudnya keperluan. Jangan macam macam naa |
DINNER
Pekena ayam penyet dan pecal leleh pulak malam ni. Sedap weh. Sambai dia memang kaw. Warung ni berdekatan dengan area Edu Hostel. So kami jalan kaki je ke sini. |
MAKAN AIS KRIM DI TEMPO GELATO
Dah makan nasik terasa nak makan dessert pulak. Hunting for ice cream! Kami naik teksi untuk ke Tempo Gelato |
Tempo Gelato ni juga merupakan lokasi yang terlibat dalam pembikinan filem AADC2 |
Tempat best memang selalu ramai pelanggan |
Kedai ni betol2 berhadapan dengan Hotel Pandanaran. Landmark bagi yang first timer |
Pelbagai flavor ice cream yang ada. Confuse nak pilih |
Oreo mix with raspberry. Sedappp! |
MENGOPI DI SELLIE COFFEE
Masih ingat apa yang di bilang Cinta ke Rangga? "Rangga.. apa yang kamu lakukan ke saya itu JAHAT". JAHAT JAHAT JAHAT |
Dah dapat ice cream terasa nak mengopi pulak. hahaha. Kami jalan kaki je dari Tempo Gelato untuk ke sini. Sebab dah tak jauh. Boleh guna waze atau google maps atau tanya orang je |
Dah tentu la yang famous di sini adalah kopi kan. Dan juga ubi kayu rebus. Gabungan kopi dengan ubi kayu memang meletops. Mocha dia memang superb. Terbaik dari ladang |
Siap pakej sekali dengan biskut 2 keping. Ada tuu belakang cawan. Antara kopi dan saya, awak pilih mana? krik krik |
MALIOBORO STREET
Bila perot dah terisi, rasa nak jalan jalan sambil cuci mata lah pulak. Ambil teksi untuk ke sini. Malioboro street ni memang tersangatlah meriah waktu malam. Macam pasar malam. Tak sempurna lah trip ke jogja korang kalau tak singgah sini. Boleh shopping, boleh makan. Nak jalan jalan area sini kena lebih berhati hati. Galas beg kat depan tau untuk elak dicopet (diragut).
Tengah jalan sedap sedap tetiba bunyi kringgg kringgg kereta kuda nak lalu. Laluan pejalan kaki tu jugaklah laluan kuda. Kiri kanan dah penuh dengan pelbagai gerai jualan. Boleh bayangkan tak meriahnya macam mana. Kalau di Malaysia nak jumpa kuda sekoq pon susah. Tapi di Yogyakarta ni bersepah atas jalan. hahaha.
Jom makan kepci! |
*Dah habis meronda dan cuci mata, maka mata pon dah nampak katil. Kami balik ke hostel jalan kaki je dengan menggunakan google maps. Ada lah dalam belasan minit jugak kot nak sampai. Exercise katanya. hahaha. Selamat malam! Selesai Day 2. Tunggu Day 3 pulak ye. K baiii
1 comments
Cantik betul pemandangan di sana.
ReplyDeleteTerkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9
Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih