­

Spicy Korean Ramen Challenge!

August 29, 2016

Assalamualaikum.

Selamat hari isnin uols. Monday blues tak? harap harap tak lah eh. Ok, sini siapa dah pernah makan maggi Korea yang pedas gilaa tu? Viral kot. Ada orang kata sampai meleleh ayaq mata dan hingus bila makan. Peluh pon bercerau cerau. Kalau di Korea, maggi dorang panggil ramen/ramyeon. 

Setelah terbukti kesahihan status halal ramen tersebut, ramai dah yang sahut cabaran #spicykoreanramenchallenge. Since aku memang suka makanan pedas, so why not give it a try kan. Terus teringat makan Crazy Tteokbokki di Insadong dulu. Sedapnyaaa! 

Apa respons aku ???


Pastikan yang HALAL baru beli kay.

Mee nya agak besar daripada yang Malaysia punya. Plastik merah tu kuah dia. Plastik hitam putih tu ada hirisan seaweed dan bijan.
Bismillah..
Merah menyalaa haa. Mee dia agak kenyal kenyal sikit dan tebal.



Review..

Suapan pertama tak rasa pedas mana pon. Suapan ke dua pon sama. Aku heran kenapa orang kata pedas gilaa. Aku makan tak pedas pon beb. Takpa takpa. So, aku teruskan suapan. Sampai agak setengah bowl dah aku makan, maka meleleh lah ayaq mata berharga aku disertakan dengan hingus. Mula la rasa pedih dan kebas di bibir. Hahaha. Mula la cari susu dalam peti ais dan capai sekotak tisu. Memang pedas habaq hang. Terangkat oii! Dan berjaya jugak aku habiskan semangkuk. Yeayyy. Done! 



You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS