Dugaan Mematangkan Diri

August 24, 2016

Assalamualaikum.


Bismillah. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua hari ni. Amin. 

Dah 2 hari pergi dan balik kerja naik bas. Setelah 3 tahun. 3 tahun okey! Padahal dulu expert gila bab bab bas ni. hahaha. Naik bas ni pon bukan suka suka nak enjoy. Sebab terpaksa kot. huhuu. Kalau Allah nak duga ni memang tak kira bila. 2 minggu berturut turut dalam bulan ni aku di duga. Ada insan terpilih langgar kereta aku. Dua kali dilanggar tapi oleh orang yang berlainan. Boleh bayangkan tak apa perasaan aku. Haa, memang menangis tak berlagu tapi sendu. 

Tapi Alhamdulillah, orang yang aku jumpa tu semuanya jujur belaka. Bertanggungjawab atas kesalahan dorang. Memula aku sangkakan yang langgar tu jodoh aku. Berdebar hati aku. Mana lah tau kan. Boleh berangan macam drama melayu ke. Tapi sayangnya sangkaan aku meleset. Drama melayu ternyata hanyalah drama semata mata. Bukan realiti. Dua dua laki orang kot. So, tak boleh macam macam. hahaha

Alhamdulillah, semuanya dah settle. Tapi kereta masih dalam bengkel. Jadi, kena lah naik bas lagi. Mohon driver bas tak muak tengok muka aku. hiks. Mungkin dugaan ni adalah teguran Allah pada kita supaya tak lalai dalam melaksanakan perintah-Nya. Tandanya Allah sayangkan kita. Ada hikmah disebalik kejadian. Sentiasa bersangka baik dan positif. Bak kata pepatah omputih, 'Every cloud has a silver lining'. Insya Allah. Aku redha.

Walaupun melihat kita dalam kesusahan, masih ada yang nak ambil kesempatan. Biasalah perempuan kan. Orang nampak lemah. Senang dipujuk. So girls, always be careful! Jangan mudah terpedaya dengan manusia. Kekadang nampak baik tapi dalam hati berniat buruk. 



You Might Also Like

1 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS