Bersantai di Tepian Laut..

February 01, 2014

Assalamualaikum ^^


erkkkkk.. rasa macam dah lama gila tak update blog. macam macam perasaan pon ada nie. kekok, janggal, blurrr, mati kutu, tak ketahuan hala dan segala mak nenek lagi lah. hahahaha.. aku pon tak pasti kenapa kekerapan aku untuk post entri baru dah berkurangan sejak akhir akhir nie. mungkin sebab wujudnya instagram, wechat, whatsapp dan facebook bagai kot. maka blog dengan secara tak sengajanya telah disisihkan sama sekali. tskkkkk..

cuti sempena Chinese New Year nie aku dapat 3 hari je. jumaat, sabtu dan ahad. maka tak boleh sangat nak berjimba jimba kan. so, semalam aku keluar lah kejap bawak diri melayan perasaan dekat tepi laut. bukan apa, kadang kadang stress dengan kerja lah, hal hal lain lah. rasa semak kepala hotak kan. jadi, untuk meredakan segala kesemakan tu, kena pergi tempat tempat yang tenang dan mendamaikan jiwa. the best place aku suka adalah laut ! sambil melayan sunset. Alhamdulillah, indah sungguh ciptaan Allah.

malas pulak nak celoteh panjang panjang. moh kite layan gambar pulak lah. heeeeee~


no matter how difficult or in pain you are, learn to appreciate you still have life to move on..

tengoklah bebudak nie. main dengan gembira sekali. belom sampai masanya untuk berfikir tentang apa itu sebenarnya kehidupan..

setenang tenangnya air di laut, jangan disangka tiada buaya. life is so unpredictable..

belajar untuk terus tersenyum walaupun hakikatnya pahit. sekurang kurangnya kita masih mampu lagi bersedekah..

semoga hari hari yang mendatang jauh lebih indah daripada hari hari sebelumnya.. Amin

betapa kerdilnya kita disisi Allah. maka, bersyukurlah seadanya. Alhamdulillah..

yang nie view sunset paling indah ! subhanAllah.. 


Pantai Kuala Muda nie selalu dikunjungi orang ramai. sebab boleh carik kepah ! best okeh. korek korek jumpa 2,3 ketol kepah. balik rumah boleh masak sambal tumis kepah. nyummehhh ! :) 





You Might Also Like

4 comments

  1. ouhhh tidak !! cantik sgt pantai ni. bestnya boleh tgk sunset kat pantai. !

    ReplyDelete
  2. waa... kemain bertepian pantai... hehehe... Salam kenal dari sahabat KBBA Utara

    ReplyDelete
  3. lama betuii tak pi tengok pantai... anak2 cukup suka kalau dpt main ayaq laut tu...

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS