­

Khasiat Jus Bayam Untuk Wanita

February 23, 2014

Assalamualaikum ^^


Tatkala malam menjelma, langit yang hitam direnung tepat oleh mata. mencari cari kelibat sang bulan yang entah dimana. mengira bintang bintang yang entah ada berapa. sambil angin sepoi sepoi bahasa meniup rambut ke kiri dan kanan. ehh.. tetiba terpuitis pulak malam malam kelam nie kann. maaf ye. agaknya ni lah simptom manusia yang dah lama tak menaip entri baru kot. hihi..

orang kata kalau nak berjaya dalam sesuatu perkara yang kita usahakan, kena lah ada determination yang kuat. right? no give up. no regret. haaaaa.. uols mesti tertanya tanya apa kena mengena determination dengan entri baru aku ni kan. okay. let's straight to the point. ceritanya, sekarang nie aku tengah work very very hard untuk diet. DIET disini bermaksud makan makanan yang seimbang dan sihat. bukan diet untuk tak makan tu, tak makan nie just semata mata nak kurus okeh. itu menyiksa badan namanya.

bukan senang nak consume healthy foods all the time. kena elakkan makanan berminyak, berlemak, masin, manis, bla bla bla and etc. korang mampu? sebab tu aku kata kalau betol betol nak berjaya, kena ada determination yang tinggi tahap Gunung Everest kalau boleh. means, walau tak sedap nak mati pon sesuatu makanan tu, telan je semampu mungkin demi kesihatan diri. badan kita ada satu nie je. kalau tak jaga dengan baik, esok esok tua lah rasa susahnya.

macam malam nie. aku dengan gigihnya buat jus bayam. memang sumpah tak sedap. tapi buat buat sedap jugak. sambil minum, sambil senyum dan bayangkan yang aku minum nie adalah jus strawberry yang terbaik dari ladang ! see.. psikologi pon penting tau dalam mengawal minda kita. hahaha.. but, kalau hari nie je minum. lepas tu, tunggu bulan depan pulak nak consume lagi. memang macam melepaskan batuk bawah tangga la. means, your effort macam useless. kena consistent okey. practice make perfect. and jangan lupa workout jugak. senaman tu penting untuk stamina badan kita. takde la nanti lari dua tiga langkah je pon dah sempot macam kucing nak terberak. ekekeke.. 


Jus Bayam

Kebaikan Jus Bayam
1. Membantu untuk merawat sembelit
Jus bayam kaya dengan kandungan serat. Ia membantu untuk mengurangkan masalah sembelit kronik. Ia juga melawan masalah penghadaman. Jus bayam yang diambil dalam bentuk semula jadi adalah baik untuk ulser perut dan ulser . Ia membantu membina sistem imun yang sihat badan.
2. Membantu mengurangkan sakit sendi
Jus bayam mempunyai kandungan vitamin K yang tinggi. Ia menyediakan tahap kalsium yang baik untuk badan. Ia juga baik untuk mengurangkan keadaan artritis dan sakit sendi. Jus bayam diambil dengan biji flaks juga membantu untuk mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh osteoporosis.
3. Membantu meningkatkan penglihatan
Jus bayam kaya dengan vitamin A yang membantu untuk mengurangkan masalah rabun malam. Ia juga kaya dengan karotenoid, yang membantu untuk mengelakkan katarak. Ia juga berkesan dalam merawat ketegangan mata .
4. Membantu untuk merawat anemia
Jus bayam tinggi kandungan zat besi. Ia membantu untuk memberikan kelegaan penyakit anemia. Ia membantu membina sel-sel darah baru di dalam badan. Jus ini juga memberi manfaat kepada jumlah darah yang rendah. Jus bayam diambil dengan jus lobak merah boleh membantu melawan masalah anemia di kalangan wanita.
5. Membantu untuk melawan pendarahan gusi
Jus bayam asli tinggi dengan kandungan vitamin C. Pengambilan jus boleh membantu menyediakan bantuan kepada masalah gusi berdarah. Ia juga membantu untuk membina imuniti badan dan dengan kandungan vitamin C di dalamnya juga, ia membantu untuk melawan penyakit selesema.
6. Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Jus bayam kaya dengan kandungan mangan. Ia boleh digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Pengambilan jus sekali atau dua kali seminggu dapat mengekalkan tahap normal tekanan darah badan.
7. Membantu mengekalkan kulit yang sihat
Bayam mengandungi  asid folik yang baik untuk kulit. Pengambilan jus bayam dengan sayur-sayuran yang lain pada setiap hari boleh membantu untuk mengurangkan kemunculan jerawat pada kulit. Jus bayam juga mempunyai tahap antioksidan yang tinggi, yang lagi baik untuk kulit. Ia membantu untuk mencegah tanda-tanda penuaan pada kulit.



You Might Also Like

2 comments

  1. baikkk!

    kita pon dalam diett yang emmmmmmmmm

    sangat perlu seimbang

    go for bayam! ;)

    ReplyDelete
  2. kite try buat jus bayam+nenas+anggur/apple/oren..blend dgn air kelapa...sedap....minum bayam kosong mmg tak la..hehehee

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS