Buaya menyorok bawah katil

September 19, 2013

Assalamualaikum ^^

nahhh, ingat buaya dalam air je.rupa rupanya bawah katil pon mampu.herrrr.. scary nau lerrr.nasib baik dia tak naik tidur sebelah kan, mau jadi bantal pelok gamaknya -_-' tapi hairan jugak lah macam mana buaya tu boleh main sorok sorok bawah katil tu..



Buaya menyorok bawah katil
Penduduk tempatan cuba menangkap buaya dari bawah katil Whittal di Turgwe


HARARE - ZIMBABWE - Bekas pemain kriket Zimbabwe, Guy Whittall, 40, terkejut apabila mendapati seekor buaya sepanjang 2.4 meter dengan berat 150 kilogram berada di bawah katil selepas terdengar jeritan pembantu rumahnya.

Whittall berkata, tetamu tidak diundang itu dipercayai berada di situ lebih lapan jam.

"Selepas bangun daripada tidur, saya duduk di tepi katil sambil menjuntaikan kaki yang hanya beberapa inci dari muka buaya itu. Saya langsung tidak perasan kehadirannya.

"Buaya memang pandai mendiamkan diri ketika bersembunyi. Oleh itu tidak hairanlah mengapa mereka adalah pembunuh utama di dalam air," katanya dipetik Mail Online

Menurutnya, buaya yang datang dari Sungai Turgwe hanya beberapa kilometer dari rumahnya itu sering berkeliaran di dalam semak terutamanya ketika hujan dan musim sejuk.

Selepas berjaya ditangkap, ia kemudiannya dilepaskan semula di empangan Chigwidi di Humani.

You Might Also Like

2 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS