Cerpen 1 : Seharum Lavender
January 22, 2010Assalamualaikum ^^
Seharum Lavender…
Berkongsi perkara gembira dan duka dengan seseorang dalam laman sembang seperti Yahoo Messenger merupakan satu hobi bagi seorang gadis yang selesa dengan panggilan Ati.Nama penuhnya Haryati Suriani.Ati merupakan seorang gadis yang pendiam dan tidak begitu arif dengan dunia bersosial.Oleh itu,dia sering mencari kawan dalam laman sembang.Hanya itu yang dapat mengisi waktu bosannya.Dalam laman itu,dia boleh menipu identitinya yang sebenar,boleh mempamerkan imejnya pelbagai ,mungkin dengan meletakkan gambar selebriti yang popular seperti Siti Nurhaliza,haha…Tidak semua orang yang berchating dalam laman sembang itu berhati jujur,malah ada yang berborak mengenai perkara yang tak senonoh.Tapi Ati seperti mempunyai kuasa istimewa kerana dia sering mendapat rakan chating yang baik dan jujur.Bagaimana dia boleh tau orang itu baik dan jujur??Emm,mungkin dia ada naluri yang istimewa kot…Tapi,tak kisahla kerana itu mungkin kelebihan yang ada pada dirinya.
Pada suatu malam dia menghabiskan masanya dengan berchating saja.Dalam laman sembangnya,dia menggunakan nickname Princess_Lavender.Sedang asyik dia berchating dalam chat room,tiba-tiba muncul nickname yang begitu menarik perhatian Ati.”Prince_Lavender” merupakan nickname yang BUZZ di skrin laptopnya.Ati membalas dengan salam.Prince _Lavender menjawab salam itu.Ati terasa begitu berminat untuk berterusan berchating dengan jejaka rahsia itu.Secara kebetulan mereka menggunakan imej bunga lavender dalam profile laman sembang masing-masing.Setelah 3 bulan mereka berchating,pelbagai perkara suka dan duka dikongsi bersama-sama.Sekian hari hati mula bertaut rindu mula berpaut.Setelah genap 5 bulan mereka berkawan,Prince_Lavender mengajak Princess_Lavender untuk berjumpa.Ati meminta jejaka itu memberikannya masa untuk berfikir dahulu tentang niat jejaka itu.Sebenarnya Ati belum bersedia sampai ke tahap itu kerana dia tidak pernah keluar berjumpa dengan sesiapa pun yang pernah berchating dengannya.Tapi hati Ati meronta-ronta ingin berjumpa juga dengan jejaka itu.Dia juga tidak tahu apa sebabnya.Setelah seminggu berlalu Ati memberikan jawapannya kepada Prince_Lavender.”Ya,saya teringin juga nak berjumpa dengan awak.”Itulah jawapan yang diberi oleh Princess_Lavender.Mereka telah menetapkan tarikh dan tempat pertemuan.Sebelum itu Ati meminta jejaka itu menunjukkan imejnya yang sebenar,tapi ditolak kerana jejaka itu ingin memberikan kejutan pada hari pertemuan mereka yang pertama.Ati faham dan memahami niat baik jejaka itu.
Pada hari pertemuan itu nanti mereka telah bersepakat untuk memakai baju berwarna ungu sebagai simbol bunga kegemaran mereka.Hati Ati begitu berdebar-debar menunggu hari yang penuh bermakna baginya itu.Ia seperti “blind date”la katakan, haha…Saban hari berlalu meninggalkan hari-hari yang indah dan gundah.26 september 2008,hari Sabtu telah tiba.Tarikh ini akan mempertemukan Prince_Lavender dan Princess_Lavender.Cafe Sentosa menjadi tempat pertemuan mereka.Ati sengaja sampai awal daripada masa yang ditetapkan kerana dia terlalu nervous,huhu...Setiap orang yang memakai baju berwarna ungu menarik perhatian Ati juga membuatkan hatinya berdebar-debar.Mungkinkah dia atau dia adalah Prince_Lavender??persoalan itu yang sering bermain di fikiran Ati.Handphone Ati berdering dengan lagu nyanyian colbie caillat yang berjudul realize.Terpapar nama Prince_Lavender.Panggilan itu dijawab dengan salam daripada suara Ati yang begitu lembut.Ati tau yang panggilan itu bermakna jejaka itu mungkin sudah sampai.”Princess_Lavender kat mana nie??saya dah sampai.”itulah yang ditanya oleh Prince_Lavender.Ati menjawab”saya berada di meja yang mempunyai bunga lavender”.Ati sengaja membawa bunga itu untuk memudahkan jejaka itu mencarinya.Ati begitu manis dan comel dengan jeans dan blaus berwarna ungu.”Assalamualaikum”salam daripada Prince_Lavender itu mengejutkan Ati yang tengah berdebar-debar.Salam itu dijawab lembut sambil menoleh ke arah jejaka itu.Alangkah terkejutnya Ati apabila jejaka yang bergelar Prince_Lavender itu merupakan rakan lamanya waktu di sekolah menengah dahulu.Lelaki yang segak dengan jeans dan kemeja berwarna ungu itu juga merupakan lelaki yang pernah menggugat perasaannya waktu di bangku sekolah dahulu.Ati masih ingat akan nama lelaki itu.”Irshad”ya,Ati begitu yakin dengan nama itu dan dia tak mungkin silap.Sewaktu di sekolah menengah dahulu,mereka berada dalam kelas yang sama.Irshad juga seperti Ati yang agak pemalu dan pendiam.Dan sebab itu jugala mereka tidak begitu rapat walaupun sekelas.Tetapi Irshad sepertinya mempunyai perasaan terhadap Ati tetapi dia tak pernah meluahkan perasaan itu.Buktinya,Irshad selalu memerhatikan Ati dari jauh,tetapi apabila Ati sedar yang dia sedang diperhati,Irshad segera mengalihkan pandangannya.Waktu itu,Ati sangat membenci Irshad kerana pandangan Irshad itu sering membuat dia rasa tak selesa.Ati juga merasakan Irshad itu terlalu sopan dan lembut ,dia juga mungkin senang menjadi mangsa buli.Pada pendapat Ati waktu itu,seorang lelaki seharusnya kuat,berani dan tegas.
Mereka berada dalam kelas yang sama hanya sehingga Tingkatan 3.Ini kerana,apabila bermulanya sesi persekolahan yang baru untuk memasuki Tingkatan 4,Ati diberitahu rakannya yang Irshad telah berpindah ke sekolah Teknik dan Vokasional.Ati sepatutnya merasakan hal itu tidak penting kerana Irshad itu bukanlah sesiapa baginya.Tetapi lain pula apa yang dirasakan Ati.Dia begitu rindukan Irshad setelah lelaki itu pergi.Dia tidak tahu kenapa Irshad yang selalu dirinduinya dan wajah Irshad yang selalu bermain di mata.
Saban hari berlalu,Ati cuba untuk melupakan lelaki itu.Setelah 5 tahun berlalu,wajah Irshad semakin pudar dari pandagannya.Ati berkata dalam hati bahawa jika ditetapkan jodohnya adalah Irshad,mungkin satu hari nanti mereka akan bertemu juga.Sewaktu menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia(USM),Ati menyimpan angan-angan untuk bertemu dengan jejaka impiannya yang tidak diketahui siapa.Ati sering mendengar omongan rakannya yang berpendapat bahawa jodoh selalunya datang waktu kita di Universiti kerana di Universiti itu ramai lelaki yang boleh di buat pilihan.
Namun,pertemuannya dengan Irshad merubah segala-galanya.Irshad juga tidak menyangka Princess_Lavender itu adalah gadis yang pernah disukainya dahulu.Wajah Irshad yang comel seperti keanak-anakan itu tersenyum apabila melihat Ati.Ati juga merasakan sedikit perubahan terhadap diri Irshad.Irshad nampak seperti tegas dan peramah tak seperti dahulu. Hari sabtu itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka yang saling bercerita tentang kenangan lalu.Pertemuan itu berlarutan sehinggalah genap setahun perkenalan mereka.Kini,mereka bukan lagi teman tapi mesra tetapi sepasang kekasih yang sangat romantis.Mereka yang belajar dalam Universiti yang sama sering menghabiskan waktu bersama.Sebelum ini mereka tidak pernah bertemu kerana perbezaan kos yang diambil.Ati berada dalam fakulti sains biologi disebabkan minatnya yang mendalam terhadap subjek Biologi.Ati juga ingin mengkhususkan minatnya dengan mendalami bidang Bioteknologi.Manakala,berbeza dengan Irshad yang berada dalam fakulti Seni.Irshad mengkhususkan minatnya dalam bidang teknologi perkomputeran seperti multimedia.Jadi,mereka agak susah untuk bertemu secara kebetulan.
Setelah 3 tahun berlalu,mereka telah berjaya menamatkan pelajaran mereka di USM dan kini mereka telah berjaya menggenggam segulung ijazah.Dengan segulung ijazah itulah mereka akan mencari dan meneroka bidang kerjaya masing-masing.Sebelum mereka beralih ke arah haluan masing-masing dengan mengikut kelulusan mereka yang berbeza,Irshad menyatakan hasratnya untuk mengikat tali pertunangan dengan Ati.Irshad takut apabila mereka berjauhan nanti Ati mungkin akan menjadi milik orang lain.Ati sekadar mengangguk tanda bersetuju akan hasrat Irshad itu.Hati Ati juga merasa gelisah apabila memikirkan akan berjauhan dengan lelaki yang dicintainya itu.
Sebulan setelah mereka keluar daripada Univesiti,Ati dan Irshad telah selamat ditunangkan.Pertunangan mereka mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua belah pihak.Alhamdulillah…Selang beberapa minggu,Irshad mendapat khabar gembira apabila diterima bekerja di sebuah stesen televisyen terkemuka dunia sebagai pereka grafik dan animasi.Berita gembira itu disambut dengan gembira bersama tunangnya Ati.Tetapi dalam kegembiraan itu Ati mengalirkan air mata mengenangkan nasib mereka yang terpaksa berpisah.Jarak antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bukanlah dekat.Hanya sms dan panggilan telefon saja yang menjadi penghubung kasih dan rindu antara mereka.Sebelum Irshad berangkat ke Kuala Lumpur,dia sempat berjanji dengan Ati.”sayang,apabila abang dah ada duit nanti dan mempunyai kewangan yang stabil,kita kahwin yer.Abang janji.Ati jaga diri baik-baik dan abang nak Ati tau yang abang sangat sayangkan Ati…””Ati juga sayangkan abang dan Ati akan pegang janji itu sampai mati…”balas Ati dengan senyuman yang diiringi dengan linangan air mata.Irshad juga sempat menitipkan setangkai bunga Lavender yang segar untuk Ati simpan sebagai kenangan dan pengubat rindu.
Pada waktu malamnya Ati merehatkan dirinya di depan televisyen setelah letih pada waktu siang akibat menangis mengenangkan pemergian Irshad ke Kuala Lumpur.Belum sempat Ati melelapkan mata,telefon rumahnya berdering.Panggilan itu disambut lembut oleh Ati.Setelah mendengar apa yang diberitahu oleh si pemanggil itu,gagang telefon itu terlepas dari tangan Ati.Dunia Ati bagaikan gelap gelita seketika.Badannya lemah longlai dan seperti tak mampu berdiri lagi.Ibu bapanya segera memapah Ati dan bertanya apa yang telah berlaku.Rupa-rupanya panggilan itu tadi daripada pihak hospital yang memberitahu bahawa bas yang Irshad naiki telah terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya dan Irshad tak dapat diselamatkan dan dia meninggal di tempat kejadian.Ketika itu Ati seperti hilang arah.Dia menangis teresak-esak sambil memanggil nama Irshad.Belum sempat dia mengeringkan air matanya ketika melihat Irshad berangkat ke Kuala Lumpur,pipinya dibasahi lagi dengan air mata apabila mendapat tau berita kematian Irshad.Segala janji yang diucapkan Irshad siang tadi terngiang-ngiang di telinganya.
Setelah sebulan berlalu,Ati kini redha dengan pemergian lelaki yang sangat dia cintai.Tetapi kesedihannya belum hilang sepenuhnya.Dia berusaha untuk senyum kembali seperti biasa,namun perkara itu amat perit untuk dilakukan.Setiap kali dia ingin senyum pasti segala kenangannya bersama Irshad segar di fikirannya.Senyuman dan tawa Irshad selalu bermain di matanya.Kini dia tak mampu lagi tersenyum seperti dahulu.Bunga Lavender yang dititipkan arwah tunangnya itu selalu ditatap dan dicium.Walaupun bunga itu sudah layu tetapi keharumannya sentiasa ada dan tak pernah hilang.Begitu juga kenangannya bersama Irshad yang tak pernah hilang dan tak akan hilang.
Setelah genap 3 bulan pemergian Irshad,Ati mendapat khabar gembira apabila diterima bekerja di RISDA sebagai seorang saintis.Ati meneruskan hidupnya berbekalkan kenangannya bersama Irshad.Dia tidak mahu sesiapa pun yang menjadi pengganti Irshad.Bagi melupakan kesedihannya yang lalu,dia tekad untuk kuat dan tekun dalam melaksanakan kerjanya.Tetapi niat baiknya itu disalahguna.Dia begitu tekun bekerja sehingga lupa untuk menjaga kesihatannya.Pelbagai nasihat telah diberi oleh ahli keluarganya tapi sedikit pun tak tersentuh di hati Ati.Setelah setahun Ati bekerja,dia kini sudah mempunyai kewangan yang stabil.Dia sudah mampu membeli rumah dan kereta.Wangnya juga diberi kepada kedua orang tuanya.Setelah melihat kejayaannya itu,terdetik dihatinya sesuatu.”jika Irshad masih hidup,kejayaan ini pasti dikongsi bersamanya”.Dalam kegembiraan berkongsi kejayaan bersama keluarganya Ati mendapat tau satu berita buruk.Dia pernah ke klinik berikutan keadaan kesihatannya yang tak berapa baik sejak kebelakangan ini.Dia sering demam dan hidungnya selalu berdarah.Setelah dianalisis,Doktor mengatakan bahawa Ati mengidap Leukimia ditahap yang serius.Penyakitnya itu dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya kerana bimbang perkara ini akan membuatkan mereka risau.
Saban hari berlalu,keadaan Ati semakin lemah.Wajahnya sering kelihatan pucat.Sehinggalah pada satu hari Ati pengsan sewaktu pulang daripada kerja.Waktu itu baru keluarganya tahu akan penyakit yang dihidapi Ati.Ati terpaksa ditahan di hospital berikutan keadaannya yang kritikal.Dia meminta keluarganya menyediakan kuntuman bunga Lavender untuk diletakkan di wad supaya dia dapat mencium keharuman bunga Lavender setiap hari sebelum dia meninggalkan dunia ini.Setelah seminggu berada di wad,keadaan Ati bertambah teruk.Ati tak dapat diselamatkan lagi.Dia menghembuskan nafas terakhirnya disisi keluarganya yang tersayang.Pada hari pemergian Ati,bunga Lavender yang berada disisinya juga telah layu tetapi keharuman Lavender masih kuat dan memenuhi ruang wad itu…TAMAT
Ditulis oleh,
Hatie
0 comments
Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih