We Got Married! | 22.12.2018

January 04, 2019

Assalamualaikum ♥

Eh, macam tak percaya dah jadi isteri orang :,)

Baru terkedek kedek nak update entri baru ni haaa. Rindu tak? Dah masuk 2019 pon kak oii. Sejak sejak bertukar status ni, lain sikit rutin hariannya. Walaupuan dah mula pjj dengan suami, sis tetap redha. Padahal rasa rindu tu taktau nak habaq tahap mana dah. Sebelum kahwin pon jarang jumpa. Lepas kahwin pon kena berjauhan lagi. Allahu.. doakan sis tabah ye. hahaha.

Alhamdulillah, pada tanggal 22 Disember 2018 yang lepas, adalah detik yang paling bermakna dan terindah dalam hidup. Bertempat di Masjid Jamek Pongsu Seribu, dengan sekali lafaz, kami Mohamad Izzuddin dan Hatie Hidayu sah bergelar suami isteri. Allahuakbar. Perasaan masa tu memang speechless sangat. Rasa sebak. Rasa nak menangis tapi air mata taknak keluar. hmmm


The happiest bride!

Betul kata orang, nak kahwin pon bukannya senang. Pelbagai perkara perlu dirancang dan disusun atur dengan rapi. Ke hulu ke hilir siapkan itu dan ini. Makan minum pon tak terurus dah. Kenyang makan hati je kekadang. Sampai demam dibuatnya. hahaha. Alhamdulillah, pada hari kejadian, Allah permudahkan segala urusan. Bersyukur sangat. Rasa berbaloi segala penat lelah tu. Apa apa pon sis nasihatkan, buat persiapan awal. Jangan biar last minute. Tak elok untuk emosi bakal pengantin.


I love you, husband | Let's keep loving each other till Jannah

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-nya pasangan hidup dari jenismu sendiri supaya kamu mendapatkan ketenangan hati, dan dijadikan-Nya kasih sayang diantara kamu, Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda kebesaran-Nya bagi orang-orang yang berfikir" ( Q.S. Ar - Ruum :21 )





Official Photoghrapher | @azmpictures
Hand Bouquet | @mawar.lily
Crown | @crowncantik



Suasana sekitar majlis pernikahan di masjid -- gambar candid/tak official ;)




Awkward moment ;)




Sekian celoteh dari Puan Ayu. 
Tunggu next entri ya. 
Ada lagi yang ingin dikongsi. 
Stay tuned! 




You Might Also Like

1 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS