Majlis Resepsi | 23.12.2018

January 14, 2019

Assalamualaikum ♥



Alhamdulillah.. selesai sudah majlis resepsi sebelah perempuan pada 23 Disember 2018 yang lalu. Tercapai juga impian untuk mengenakan busana songket tradisional di hari persandingan. Memang dah lama berniat even sebelum bertemu jodoh lagi. Puas jugak la explore butik pengantin yang ada semata mata nak cari kebaya songket yang size fit dengan sis. Maklumlah tak berapa nak cukup ketinggian. Yang dapat ni pon kain kemain labuh sampai menyapu lantai. Terpaksa pulak cari heels yang tingginya boleh tahan. Kalau terpelecok memang perit oii. hahaha.

Habis je kenduri hari tu memang taktau nak habaq dah letihnya macam mana. Lain perasaanya bila jadi raja sehari ni. Tak percaya? Kawin la duluuu. hahaha. Seronok dapat jumpa kawan lama, saudara mara. Hari kenduri je kekadang dapat jumpa. Tapi yang sedihnya tak dapat nak borak lama. Baru je nak buka cerita dah ada orang panggil. Btw, terima kasih yang sudi datang dan bagi hadiah!


--- Kasi chance la sis belanja gambar sikit eh ---










* Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk majlis bertandang sebelah lelaki pulak di Kuala Lumpur pada 20 Januari 2019 ni. Mohon doa kalian juga ya! Next entri --- prehoneymoon ;)



You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS