Resepi Donut Enak
December 15, 2016Assalamualaikum.
Hoiii.. lamanya tak update blog. Dah sampai ke penghujung tahun pon. Dah bersediakah korang untuk menuju ke tahun 2017? Sejujurnya aku belom bersedia. Sangat belom bersedia. Terlalu cepat masa berlalu hingga tak terhitung apa yang dah aku lakukan untuk tahun 2016 ni. Terasa tanggungjawab di bahu semakin berat. Terasa segala skru di badan seperti longgar. Terasa diri tak pernah berubah. Terasa azam tahun lepas seperti sehelai kertas melayang di tiup angin. Hahaha! Cukuplah dengan terasa itu dan terasa ini. Hidup perlu diteruskan walau masa selalu mencemburui kita. Fighting for 2017!
Kali ni punya entri ada laa macam berinfo sikit. Nak share resepi. Bukan resepi ciptaan sendiri pon. Cuma google sana dan sini. Tapi diubah sedikit demi kesesuaian diri. Sengaja mengasah bakat terpendam. Juga persediaan untuk menambat hati bakal mak mertua kelak. kuikui
Untuk pencinta DONUT sekalian boleh lah mencuba resepi dari hasil google sana dan sini ni.
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan tepung gandum
- 1 cawan air suam kuku
- 2 sudu besar mentega
- 5 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 1 paket yis (jenama mauripan)
- 1 biji telur
- Secubit garam
CARA-CARA:
- Cairkan mentega dahulu dan ketepikan.
- Dalam bekas yang lain, campurkan air suam dengan gula pasir dan susu pekat dan sedikit garam. Kacau hingga gula dan garam larut. Masukkan sepaket yis dan kacau lagi.
- Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega yang dah dicairkan tadi.
- Rehatkan selama 10-15 minit sehingga yis naik dan berbuih-buih. Kemudian masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi dan kacau.
- Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum. Gaul sebati dengan senduk kayu dan biar adunan lagi selama 45 minit dalam bekas yang tertutup.
- Selepas 45 minit, adunan akan naik seperti berbuih buih. Tumbuk tumbuk adunan untuk membuang angin. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat (adunan memang agak lembik). Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. Tekan acuan donut yang telah dicelup sedikit tepung (ini unutk buat bentuk ring donut) dan biarkan selama lebih kurang 30 minit supaya donut naik gebu.
- Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice (aku blend ja gula dan ayak atas donut).
Donut gebu gebas versi Hatie Hidayu |
2 comments
Wah, dah pandai buat donut! Nakkk!
ReplyDeleteSedap nie.. nyum2
ReplyDeleteSila komen dengan ikhlas. Terima kasih