Romi Cinta Julia

April 04, 2014

Assalamualaikum ^^



'Ayu cinta dot dot dot' .. eh, macam best pulak those words. rasa macam sesuai dijadikan title for drama. or novel maybe. khennn.. boleh tak? boleh tak? ok, mimpi je lah ! ' Romi Cinta Julia' lagi double triple best. ala ala romio and juliet gituuuu. korang layan tak drama melayu nie? memang drama melayu nie agak typical plot ceritanya. tapi kalau bergenre romantika de amour macam gini dan ada joke manja manja gitu, aku memang layannn. hakhakhak.. 

dan dan dan.. heronya kacak juga handsome serta macho. point penting tu hokey kalau nak layan drama tu sampai habes episod. hahaha.. alaaa, kenyataan kan. perempuan suka tengok lelaki kacak, lelaki suka tengok perempuan lawa. ehemmm.. kalau salah mohon maaf ye. tampar pipi sendiri   T___T  

drama ni mengisahkan seorang lelaki dan seorang perempuan yang dinikahkan bukan atas dasar mencintai antara satu sama lain. namun, rasa cinta itu dipupuk selepas berkahwin. haaa, sweet kan? walaupun cerita nie hanyalah di atas sehelai kertas, but i wish it happens in reality :)




Judul : ROMI CINTA JULIA

Mulai : 27 Februari 2014
Siaran : Setiap Hari Khamis, 9 malam di Slot Lestary TV3
Episod : 13 episod
Pengarah : Kas Roshan
Karya : Nieza Nahar
Terbitan : CreativeSkill
Lagu OST : Wanita Sempurna oleh Ning Baizura
Pelakon Utama : Syarul Ridzwan (Romi), Aisya Hasnaa (Julia), Aidil Aziz, Leez Rosli
Dibantu oleh : Isma Daniel, Aida Aris, Mahmud Ali Basha, Mia Ahmad, Maria Farida



SINOPSIS DRAMA ROMI CINTA JULIA

Julia, berusia 20 tahun merupakan anak bongsu kepada pasangan Malik dan Sabariah. Dia sangat manja dan mahu orang di sekelilingnya mengikut segala kemahuannya. Julia yang sedang belajar di salah sebuah kolej swasta sedang mabuk bercinta dengan Jeff, anak jiran tetangganya. Jeff mempengaruhi Julia untuk berhenti belajar dan mencari kerja lalu berkahwin dengannya. Orang tua Julia sungguh kecewa dan tidak merestui hubungannya dengan Jeff yang dianggap memberi pengaruh buruk untuk masa depannya.

Malik dan Sabariah kemudiannya bercadang untuk menjodohkan Julia dengan Romi Suffian (27 tahun), anak dari kenalan lama mereka yang sudah berhijrah dan menetap di Australia. Romi dipertanggungjawabkan oleh ibu bapanya untuk menguruskan sebuah syarikat penerbitan buku di sini. Romi sendiri sedang dalam proses mencari material untuk menulis satu buku bertajuk “Wanita Solehah: Liku untuk ke jalannya”.

Romi bersetuju dinikahkan dengan Julia. Walaubagaimanapun, Julia menolak sekeras-kerasnya kerana begitu mencintai Jeff. Disebabkan itu, orang tua Julia telah meletakkan Julia di rumah kakaknya di daerah lain bagi mengelakkannya dari bertemu dengan Jeff. Namun, Julia dan Jeff terus mengatur strategi untuk lari dari kepungan itu. Secara rahsia, Jeff menghasut Julia untuk turun dari biliknya di tingkat empat apartment kakaknya dengan menggunakan kain yang diikat bersambung-sambung dan dijadikan tali. Julia nekad walaupun ia mengundang risiko. Apalagi setelah dia melihat Jeff menunggunya di bawah.

Ketika turun, kain yang diikat itu terputus kerana tidak mampumenampung berat badannya. Julia terjatuh dan cedera parah manakala Jeff yang ketakutan melarikan diri. Julia segera dikejarkan ke hospital dan dibedah kerana kecederaan pada tulangnya.

Sejak itu, hidup Julia dirundung malang. Dia kesal kerana Jeff terus menghilangkan diri walaupun dia begitu merindui kehadiran Jeff. Romi pula dengan beraninya mengambil tanggungjawab untuk menikahi Julia walaupun dalam keadaanJulia yang masih tidak boleh bergerak. Akhirnya, Romi dan Julia bernikah. Namun, Julia tidak begitu redha menerima Romi.

Semenjak itu, Romi mengambil alih tugas menjaga Julia. Dia berusaha dengan cara rawatan moden dan tradisional bagi mempercepatkan proses pemulihan Julia. Harapan Romi cuma satu,agar Julia sembuh secepat mungkin. Dalam diam, Julia mulai tersentuh dengan budi baik suaminya itu. Romi tetap sabar walaupun Julia gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Di samping itu, Romi terus menyiapkan bukunya dengan mengambil Julia sebagai ‘role’ ceritanya sehinggalah Julia pulih. Julia mulai menjalani kehidupan sebagai isteri Romi.

Namun, kasih Julia tidak cukup kuat untuk Romi. Jeff muncul kembali menagih cintanya. Jeff merayu Julia memaafkannya dengan alasan yang cukup kukuh. Mana mungkin Julia melupakan cinta pertamanya semudah itu. Kalau dulu, Julia nekad meninggalkan keluarganya, mengapa tidak kini? Romi hanya suami yang muncul selepas hujan lebat.

























You Might Also Like

2 comments

  1. nak tahu apa istimewanya dian vitamin? jom ke blog saya =D

    http://ninieazriena91.blogspot.com/2014/04/dianz-vitamin-c-e-whitening-collagen.html

    ReplyDelete
  2. Cerita yg best & sweet. X berat sgt. Simple je konsep. Tiap2 mggu Khamis malam jumaat mmg tggu crita ni je. Hehe. Yg part best this week bla Julia da mula start sayangkan Romi Suffian dlm note poskad sbb Julia malu nk ckp. Mcm comel je. Sweet je Julia....

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS