Feri Bawa Penumpang Karam di Pulau Jeju, Korea Selatan.

April 17, 2014

Assalamualaikum ^^



sumber

Foto
PULUHAN kapal penyelamat terbabit dalam operasi menyelamat yang bersambung hari ini bagi mencari 290 mangsa yang masih hilang selepas sebuah feri penumpang Korea Selatan terbalik dan karam di perairan negara itu semalam. - Foto Reuters


SEOUL: Pasukan pengawal pantai Korea Selatan berkata setakat pagi ini hanya 179 orang di dalam karam di perairan selatan negara itu semalam sudah diselamatkan manakala 290 lagi masih hilang.

Tragedi itu juga sudah meragut enam nyawa setakat ini. 

Sementara itu, pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari penumpang dan anak kapal itu hari ini, yang kebanyakan penumpangnya adalah pelajar. 

Ketika kejadian feri dari tanah besar itu sedang menghala ke pulau peranginan terkenal Jeju dengan 475 orang di dalam feri.

Tentera laut dan pengawal pantai sejak malam tadi berdepan ombak yang kuat dengan tahap penglihatan yang merosot disebabkan cuaca sejuk.

“Mereka (anggota penyelamat) belum boleh memasuki satu pun kabin di dalam feri," kata seorang pengawal pantai kanan.

Laporan menyebut punca nahas feri Sewol seberat 6,825 tan itu masih kabur dan beberapa penumpang mendakwa feri mungkin terlanggar objek di dalam laut. - AFP




You Might Also Like

1 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS