Bisik Pada Langit Banjirkan Panggung!

September 26, 2017

Assalamualaikum ♥




Orang melayu sendiri pon susah nak layan filem melayu sebenarnya. Bukan apa, terlalu banyak cerita yang ada unsur typical atau cliche. Sepertinya kita boleh meneka apa yang akan berlaku seterusnya. So, tiada unsur suspens yang boleh trigger hati penonton untuk lebih tahu dan bersemangat nak tengok.

Tapi, filem Bisik Pada Langit ni membuktikan masih ada filem melayu yang berkualiti! yang mampu menjentik hati penonton untuk berkongsi emosi. Jalan ceritanya ringkas tapi padat dengan nilai murni. Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang serba kekurangan dari segi harta tapi kaya dengan kasih sayang.

Hubungan kekeluargaan yang cuba ditonjolkan sangat mengusik jiwa. Dalam tak sedar basah je pipi. Tak boleh tahan punya. Koyak juga hati tisu ni. Ada lah mamat mana entah sebelah tu, kemain beremosi. Lelaki pon ada perasaan rupanya. Ingatkan sado. Buat buat tenyeh mata lah konon. Mata masuk habuk ye bang. Padahal tengah control lap air mata. hahaha. So, before masuk panggung sedialah tisu sekotak!


Lakonan mantap dari barisan pelakon yang hebat



Rating: 8/10





You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS