­

Makanan Korea di KyoChon Malaysia

January 25, 2018


Assalamualaikum ♥

Hello gais! How are youuuuu? Lamanya tak post entri baru. Tahun lepas pon berapa ketol je ada (tepuk dahi). Sebenarnya rindu nak aktif macam dulu dulu. Tapi apakan daya, masa merubah segalanya. Kalau daun atas pokok pon boleh berubah mengikut musim, apatah lagi seorang hatie hidayu (haa, tengok dia dah mula nak merapu). 

Cukuplah intro sejengkal tu. Kang aku merepek sampai ke london pulak. Eh, korang suka makanan korea? Kalau tanya aku, 'kau gila tak sukaaaa..' Especially yang dah pernah ke korea. Mesti rindu yakmat. Haaa, mai nak suggest makan dekat sebuah restaurant ni. 

KyoChon Malaysia  ⇦ (click untuk ke website)

Actually, restaurant ni asalnya dari korea. Oleh kerana sambutan yang agak menggalakkan, dorang buka franchise di Malaysia jugak. Tapi, jangan risau. Makanan yang disediakan di sini adalah HALAL. Dan korang akan dihidangkan dengan lagu korea yang mendayu dayu. Boleh la makan sambil karoke dalam hati. Jangan sampai terkinja kinja atas meja makan nah. Hahaha! Orang korea memang suka sangat makan ayam goreng kan. Kalau tengok dorang makan dalam drama tu boleh meleleh air liur sampai ke lantai. 


Dah dua kali ke sini. Dan ini menu yang aku order. Red Pepper & Soy Garlic. Red pepper tu boleh tahan pedasnya. Tapi pedas yang menyedapkan. Siapa suka makan bawang putih boleh try yang soy garlic tu. Dua dua bagi aku sedap. Tapi aku lagi prefer yang pedas sebab seorang hatie hidayu memang suka makan pedas. Hahaha

Disebabkan rasa macam tak kenyang makan ayam saja, so aku order lah Kimchi Fried Rice ni. Rasanya agak masin dan masam. Memang kimchi rasanya macam tu. Kalau tak gemar, cubalah menu yang lain

Menu

Menu

Menu

Penang branch location 



By the way, rasanya masih belom terlambat nak wish korang semua HAPPY NEW YEAR (2018)! 'Better late than never' orang putih kata kan. Semoga segala impian dan azam korang tertunai dengan jayanya (flip hair sikit). Azam aku jangan tanya. Baaaanyak masih pending dalam bucket list. It's ok. Usaha tangga kejayaan. Doakan ya! Mmmuahhh



You Might Also Like

2 comments

  1. mkn mknana korea trus feel dia berada dlm ngara korea..trus pndai ckp korean haha..sha xperna lg rasa, eh jap pernah mkn kimchi hahaha..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try sebab mahal sangaaaaaat

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS