­

Hello Langkawi!

April 03, 2018


Assalamualaikum ♥

Hai uols! Memandangkan untuk tahun ni baru ada seketol entri, makanya sis update lah lagi seketol hari ni. Jangan merajuk nah. hahaha. Makin berusia ni dah taktau nak bebel apa dalam blog sebenarnya. Kalau dulu dulu tu memang ada je idea nak merapu. Mohon faham lah keadaan sis ya (peace!)

Ok. This time nak cerita trip sis dan adik adik ke Langkawi beberapa minggu yang lepas. Jadilah bercuti dalam Malaysia pon kan. Asalkan dapat tenangkan otak yang sentiasa berserabut ni. Dapat spend 3 hari 2 malam pon cukup lah.


DAY 1

Sis park kereta dekat terminal KTM Butterworth. Then ambil komuter ke stesen Arau. First time jugak ni nak ke Jetty Kuala Perlis by train. Bas ada tapi cuma sebijik dan kena ikut timing dorang. Rasanya ada pukul 9.30 am je kot. Tapi kalau naik bas boleh terus je ke Jetty Kuala Perlis. Kalau naik train korang kena ambil pulak teksi untuk ke jetty.

Tiket komuter (Butterworth-Arau) : RM 9.50
Tambang teksi (Arau-Kuala Perlis) : RM 26/kereta
Tambang feri (Kuala Perlis-Langkawi) : RM 18

Perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 40-60 minit. Kalau rasa nak cepat dan selesa better ambil flight je lah. Sebab dalam feri tu nanti nak tidur pun susah. Macam macam bunyi ada. hahaha. 

Sesampainya kitorang di Jetty Point Langkawi, mula lah mencari tuan kereta sewa yang telah ditempah sebelum ni. Masuk je jetty point tu nanti korang akan dihujani dengan pemilik kereta sewa yang sedang mencari pelanggan. Ada juga siap dengan package Island hoping. So, kalau tak sempat nak book, boleh la terima offer dorang tu. Tapi, hati hati jugak. Jangan sampai tertipu ya.

Tidak ku duga perodua dan proton ni berbeza rupanya. Kelam kabut jugak la memula nak drive ke chalet kitorang tu. Nak bagi signal terbukak wiper pulak. Kau rasa? hahaha. Kitorang book chalet di Padang Mat Sirat. Tenang sungguh! Tak menyesal! Recommended. Baru betol betol rasa boleh tenangkan jiwa dan raga.

Teratak Sireh Lagenda

Pakej chalet 3 hari 2 malam + kereta (48 jam) - RM380/3 pax


Lepas rehat dan solat semua, keluar jalan jalan cari makan pulak. Perot pon dah karaoke sakan. Kitorang decide nak try laksa ikan sekor yang dekat area airport tu. Banyak deretan gerai yang jual laksa. Memula nak try Laksa Power, tapi masa tu masih tutup. So, pilih dekat gerai lain lah. Rasa boleh tahan la. Tapi laksa tok buat sedap lagi kot. hahaha. Cendol dia nampak biasa tapi rasa mengancam oii. 


Laksa ikan sekor - RM 6.00
  
Lepas dah kenyang perot, sambung drive menghala ke Pantai Cenang pulak. Nak cuci mata katanya. Sambil berjemur tengah panas sambil menghitamkan kulit. Baru beberapa jam melenggang kangkung di persisiran pantai tu dah berbelang kulit. Jangan lupa sapu sunblock nah. Dan kalau rasa nak cari jodoh mat atau minah salleh boleh la try register dekat situ. hahaha. Bikini pon bersepah sepah. Macam macam jenih ada. Sis pulak yang rasa malu (tepuk dahi).




Rasa macam tak sah pulak lepas lepak tepi pantai tak pekena air kelapa

Selesai menghitamkan kulit, badan pon dah letih. So, nak balik rehat. Kebetulan sebelah chalet ada kedai makan. Isi perot lah dulu. Chicken chop dia memang sedap. Sambil makan sambil melayan deruan angin. Langit pon hitam pekat. Rupanya hujan mau turun. Lagi lah sedap makan hujan hujan ni. hahaha. Malam tu memang hujan turun dengan lebatnya. Lepak dalam bilik je dan terus tidur awal. 

DAY 2

Awal pagi lagi kemain dah siap siap nak keuar. Aktiviti pertama kitorang untuk hari ni adalah nak naik cable car! Punya lah awal terpacak dekat situ. Padahal belum buka lagi pon. Nampak tak tahap keterujaan tu. hahaha. 

Breakfast is a must

Antara tarikan yang ada

Nasib baju bukan warna pink. Kalau tak dah boleh join teratai tu. hahaha

Nice view!

Masih awal pagi, tapi pengunjung dah mula ramai


Cable Car - RM 40.00/person (adult). Bayaran semakin mahal dari tahun ke tahun
Gayat sebenarnya. Nasib jantung tak luruh lagi
Bridge ni boleh tahan kencang jugak bergoyang bila kena tiup angin. Kalau kurus kering jaga jaga la, takut melayang ke bawah pulak. hahaha

Cable car akan berhenti di stesen pertengahan (middle station). So, masa tu boleh la nak snap gambar ke apa semua. Then, beratur tunggu cable car untuk ke stesen seterusnya (top station). Dekat stesen atas tu nanti, korang boleh pilih nak ke skybridge melalui apa. Sama ada berjalan dengan melalui 300 anak tangga (RM 5.00) atau naik je skyglide (RM 10.00). 

Lepas dah turun dengan selamatnya, kitorang pon gerak to the next destination pulak iaitu Pekan Kuah. It's shopping time! Sebelum tu singgah kejap nak ambil gambar di Telaga Harbour Park. Kalau dekat Penang macam di Sreet Quay la. Ada banyak kapal kapal mewah berlabuh tu.



Nak shopping apa ni? Of course la coklat, coklat dan coklat! Nak beli pinggan mangkuk periuk apa bagai kena tunggu datang dengan en. suami lah pulak lepas kahwin. hahaha. Memang tak pernah tak ramai orang kan dalam Haji Ismail Kompleks tu. Dan ternyata majoritinya perempuan! Hantu coklat betol. hahaha. 




Masa ambil coklat masuk bakul ikut nafsu melulu je. Masa nak bayar menggigil tangan nak keluarkan duit. Beratus ratus untuk coklat je. Alahai, tamak haloba namanya. hahaha

Walaupun banyak kedai coklat area situ, tapi ada yang harga tak sama. Ada yang lagi murah dan ada jugak yang lagi mahal

Lepas dah puas shopping, kitorang balik semula ke chalet untuk mandi, solat dan rehat kejap. Then, malam tu keluar dinner di area Pantai Cenang. Memang meriah gila beb. Dah macam pasar malam tengok. Kedai makan pon banyak. Bab parking je menyeksa jiwa. hahaha

Terbeli pulak sebijik buku. Entah bila nak baca pon taktau laa. hahaha

Owner kedai ni memang super friendly dan baik hati. 

Sampai situ je la aktiviti untuk hari ke-2 di Langkawi ni. Nak balik urut kaki dan tidur. Sambung esok! 

DAY 3

Last day dah! Macam biasa, awal pagi lagi dah start the day. Misi mencari breakfast yang sedap. Yang viral tu lah kita cari. Siapa lagi tak pernah dengar Nasi Dagang Pak Malau di Pulau Langkawi ni? dan mungkin ada yang pernah dengar tapi belum pernah cuba. So, why not give it a try dah alang alang sampai sini. Nak tengok jugak sedap tera mana sangat orang penang kata. hahaha

Masa kitorang sampai tu, customer belum ramai. So, boleh lah pilih port makan yang cantik. Yang istimewanya, kedai pak malau ni betol betol bersebelahan dengan sawah padi yang terbentang luas. Memang sangat indah. Makanan sedap bertemankan view yang tenang. Tambah dengan sekor angsa yang berkeliaran. Memang win! Nikmat apa lagi yang kau dustakan. Pak malau pon sangat friendly. Sentiasa bermanis muka. Cakap dengan customer pon sopan santun gila. Staff dorang pon ok. Rasa nak datang lagi dan lagi je. InsyaAllah will repeat again some day. hihi

Nasi dagang bersama gulai ikan tongkol - RM 8.00

Memang betol kata orang. Memang sedap nasi dagang pak malau. Sampai sekarang pon masih rindu nak makan lagi. Recommended! 
Belakang tu bukan itik ya. Tu angsa naa. Kot la ada yang tak kenal. hahaha

Selesai sarapan, ada date dengan encik helang. Kitorang pon menghala ke Kuah pulak. Port wajib bergambar tu kalau datang Langkawi. Masa sampai tu memang panaih lit lit oiii. Matahari dah meninggi. Jangan lupa pakai spek mata hitam nah. 

Dah puas date dengan encik helang, kitorang pon balik lah ke chalet untuk packing barang. Nak check out dah. Lepas dah selesai pulangkan kereta apa semua, sampai lah masa untuk say goodbye to Langkawi. Till then (waving) ..





Tamat sudah percutian singkat team adik beradik selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi. It was a fun and memorable trip ever! Next vacation taktau lah bila pulak. Hopefully oversea pulak lah. Doakan poket sis tebal dengan duit ya. hahaha



You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS