­

Resepi Tauhu Begedil Mudah dan Enak

November 15, 2017

Assalamualaikum ♥

Hai readers! Long time no see ya. hahaha. Kerap kali hilang dan tiba tiba muncul. Begitulah hendaknya. Harap ada yang rindu. Dan this time, nak share resepi makanan LAGI. Ya, memang kakak suka makan. Sebab tu kakak bertambah comel. Sila tepuk tangan beramai ramai. hahaha

So, hari ni nak share Resepi Tauhu Begedil. Korang tahu tak, nak cari tauhu kering ni saja sampai berpeluh dahi. End up, jumpa di Tesco je pon (sigh). Sebenarnya senang je nak buat ni sebab hanya guna bahan bahan yang mudah dan senang cari. Tak percaya? Jom cuba!



RESEPI TAUHU BEGEDIL



Bahan-bahan:

Tauhu kering
Daging cincang
4 biji ubi kentang
Cili padi - untuk yang suka pedas
Lada sulah
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Telur 3 biji
Daun bawang
Bawang goreng
Garam


Cara-cara:

1. Rebus dahulu ubi kentang. Potong kecik-kecik supaya senang nak lenyek nanti. Aku letak secubit garam dalam air supaya kentang nanti ada rasa lemak masin.
2. Kemudian rebus daging cincang hingga masak dan toskan airnya.
3. Sediakan kuali untuk tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan daging cincang yang dah direbus tadi. Tambah lada sulah, cili padi, daun bawang dan secubit garam. Goreng hingga masak dan ketepikan.
4. Toskan air rebusan kentang dan lenyekkan ubi kentang hingga halus. Kemudian gaulkan kentang lenyek bersama daging yang dah digoreng tadi. Gaul hingga semua bahan sebati. Tambah bawang goreng untuk rasa rangup rangup bila makan nanti. 
5. Guna hujung pisau yang tajam dan toreh sikit bahagian tengah tauhu kering. Kemudian sumbat bahan gaulan tadi. Sumbat dengan penuh kelembutan ye supaya tauhu tu tak terkoyak rabak.
6. Pukul telur bersama sedikit garam dan lada sulah bagi menambah rasa.
7. Celup tauhu begedil tu ke dalam telur dan goreng dengan minyak yang penuh. Goreng atas api yang sederhana. Balik balikkan hingga garing. Siap!
8. Boleh prepare sos cicah sendiri. Tapi aku malas buat! So, korang google je lah eh. hihihi



Bahan-bahan

Tauhu yang dah siap disumbat

Tadaaaa!

Cicah dengan sos hitam pedas atau manis lagi mengancam








You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS