JEJU ISLAND (WINTER TRIP, 2019) - DAY 1
February 28, 2019Assalamualaikum ♥
Yeayyy.. akhirnya sis berjaya menaip entri baru! (clapping hands). Seminggu setelah pulang dari Jeju Island, terasa la sikit nak share keterujaan dalam blog ni. Hahaha. Mohon hadam baik baik eh. Mana tau esok lusa korang pulak nak pergi ke.
Dah 2 bulan kahwin, baru ada kesempatan nak berbulan madu. Boleh lagi kalau korang nak wish 'selamat pengantin baru' pon. Sis terima je. hahaha. Ok, sebab apa pilih Jeju Island? Hmmm hmmm.. Kenapa tak Maldives ke, Paris ke, Istanbul ke? Apa kau ingat sis ni taukeh jongkong emas? Hahaha. Mana yang mampu je la dik. Lagi pon, sis ni kaki drama Korea. Kalau dah sampai Seoul, nak jugak explore Jeju pulak.
Sis pergi 12 feb - 16 feb 2019. So, kira masih dalam winter season. Tapi dah hujung hujung la. Jangan risau, sejuk namati jugak suhunya. Tambah menggigil kalau kau lepak tepi laut yang berangin bagai nak rak tu. Lepas tu, kau boleh pulak enjoy makan ais krim dalam kesejukan melampau tu. Aaaaah.. nanti la cerita lagi panjang lebar. Hahaha.
Day 1 - 12.02.2019 (Tuesday)
* Flight from Kuala Lumpur to Jeju Island (Airasia D7 501) - 6 hours journey
8 am (Departure) - 2 pm (Arrival) Korea awal sejam
Public transport di Jeju agak limited. Boleh je nak naik bas atau taxi. Tapi korang kena la follow schedule bas tu nanti. Kalau di Seoul senang sebab ada subway. Lagi pon kebanyakan tempat di Jeju agak jauh jauh jugak. Lagi senang kalau korang self drive je. Dapatkan international driving license di jpj Malaysia. Bayaran sebanyak RM 150. Procedure pon mudah dan cepat. Hanya isi form yang berkaitan. Dah buat tu jangan pulak lupa nak bawak. Kang menangis air mata ais pulak di Jeju
Setelah selesai imigresen semua, sis keluar ke Gate 5 untuk urusan pengambilan kereta sewa. Please book sesiap di Malaysia untuk memudahkan urusan di Jeju kelak. Lagipon nanti dapat banyak discount kalau register online
1. JEJU INTERNATIONAL AIRPORT
Keluar je daripada gate ni, cross jalan di depan. Then, belok ke kanan. Jalan sikit terus ke depan sampai korang jumpa ada signboard rent-a-car. |
Bila dah sampai sini, naik shuttle bus untuk ke company kereta sewa yang korang dah book. Sis ambik dengan Lotte rent a car (Dapat 80% discount weh kalau register online) Kalau tak jumpa, boleh tanya staff di situ. Jangan risau, sebut je nama company kereta sewa tu, then dia akan tunjuk bus tu dekat mana nanti. Takyah nak borak panjang lebar pon. |
Sekejap je untuk sampai ke sini (15 mins) |
Nanti ambil no giliran dulu dan tunggu lah turn korang. Staff dekat kaunter ni boleh speaking english walaupun dalam slang korea jugak la. So pasang telinga elok elok eh. Hahaha. Tunjukkan reservation slip yang korang dah print sesiap di Malaysia tu. Nanti dia proceed la semua |
Yeayyy, dah dapat kereta kitorang! Dorang akan explain nanti macam mana nak drive dan nak guna gps bagai. Driver seat sebelah kiri ye. So pepandai lah adjust nanti. Mula mula memang kekok. Lama lama steady je (Kata husband sis laaa) Hahaha |
Kemain pasang radio. Macam faham sangat bahasa korea tuu. Hahaha. Ohh ya, di Jeju ni dorang guna no phone je untuk track location. Setiap tempat ada no phone masing masing. Just masukkan no phone yang betul dalam gps tu. Kalau salah no, maka sesatlah korang nanti. Hahaha |
2. WEOLJEONGRI BEACH (+82-64-740-6000) - 30 mins from jeju airport
Lokasi pertama sis untuk first day. Kalau nak lepak tepi pantai masa winter season, sila la pakai tebal tebal. Dia punya angin sejuk yang tak boleh bawa berbincang. Menggigil oii. Hilang nikmat nak feeling romantik berjalan sambil pegang tangan.
Banyak cafe comel comel berdekatan pantai ni. Boleh la singgah mengopi sambil melayan perasaan |
Rasa dramatic sangat bila tengok kincir angin ni. Hahaha |
It doesn't matter where you go in life. It's who you have beside you |
Banana uyu is a must! |
3. CO-OP CITY HOTEL SEONGSAN (+82-64-780-9800) - 30 mins from weoljeongri beach
Bila muka dan tangan dah habis kebas semua, boleh dah la gerak ke next destination pulak. Dalam winter season ni siang jadi pendek. Pukul 6 pm hari dah mula gelap. Kena plan itinerary korang betul betul la
Check in hotel untuk 2 days 1 night |
Total cost day 1:
- Car rental (5 days) │105,900 KRW
- Co-op city hotel (2 days 1 night) │ 99,900 KRW
Tetiba rasa sejuk sampai ke tulang. Kebas pulak jari nak menaip. Stay tune for next entri keh! Bubyeee..
0 comments
Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih