­

Krabi-Hatyai | Pre-honeymoon Trip

January 16, 2019

Assalamualaikum ♥

25.12.2018 - 29.12.2018 (5D4N) 

Day 1 - Touch down Krabi




Sebelum nak honeymoon betul betul, kena la acah pre-honeymoon dulu. hahaha. Oleh kerana cuti kahwin aku dan suami masih banyak berbaki, dan majlis sebelah lelaki pon lambat lagi, so apa lagi yang ditunggu. Let's go travel! Sambil travel sambil bercinta. Before kahwin tak sempat pon nak bercintan cintun. So, bercinta lepas kahwin lah konsepnya.  Manis sangaaat :)

Kitorang decide nak ke Krabi dan singgah ke Hatyai sebelum balik Penang. Panjang jugak perjalanannya. Dari Penang ambil flight ke Klia. Lepak dulu 2,3 jam dekat Klia tu haa. Then, ambil flight terus ke Krabi. Dalam sejam setengah gitu sampai la. Tak sempat panas punggung pon. hahaha


Sampai pon dah lewat  petang. Kitorang ambil bas untuk terus ke hotel. Murah sikit naik bas. Cuma 150 baht/person. Tunggu pon tak lama 
Our accommodation for 3D2N | 1,700 baht/night

Boleh sewa scooter kalau nak jalan jalan area town. Tapi hati hati ya membonceng di tempat orang

Hotel Ao Nang Eco Inn ni sangat strategik. Betul betul tengah town dan berdekatan dengan masjid. Jadi, banyak makanan halal. Boleh jalan kaki je. Korang kena try street foods sekali. Boleh tahan sedap. 7 Eleven & Famliy Mart pon bersepah. Don't worry ya! 


Banyak orang review restaurant ni. Customer pon boleh tahan ramai. So, dinner sini lah untuk malam pertama di Krabi



Ya ampunnn. Sedap yakmat ikan siakap masak stim ni. Rasa memang paduuu. Recommended to try!

-- Dinner - 496 baht/2 person

Selesai dinner, jalan jalan cari pakej island tour untuk esoknya. Memang berderet jugak agent yang offer macam macam harga. Pepandailah korang survey nanti ya. Buat pilihan bijak


Singgah 7 Eeleven sebab nak cari susu yang viral tuu | Susu Meiji! Macam macam flavour ada

Day 2 - 4 island tour

Hari ni schedule pack sikit. Nak pusing pusing island. Sambil cuci mata dan berjemur tepi pantai. Boleh juga kalau nak snorkeling dan berenang renang ke tepian. hahaha. Pakej 4 island tour ni include Lading Island - Pakbia Island - Hong Lagoon - Hong Beach (lunch disediakan). Pagi pagi lagi driver van akan pick up customer di lobi hotel. Pagi tu memang kitorang terlajak tidur sebenarnya. Sampai 2 kali receptionist call cakap driver dah sampai. Kelam kabut dibuatnya. hahaha

-- Pakej 4 island tour - 1,000 baht/person


Breakfast is a must. Terus rindu banana uyu di korea

1. Lading Island




Belakang tu long tail boat. So classic. Kitorang naik speed boat je. Lajuuu


2. Pakbia Island -- lunch time



Nemo berkeliaran

* Untuk ambil makanan nanti, korang kena beratur ikut warna band getah yang ada di wrist korang tu tau. Sedap ke tak? Boleh laa buat isi perot yang tengah lapar namati tu. Ada nasi, lauk, sayur dan buah


3. Hong Lagoon

Sini dorang akan perlahankan boat untuk kita ambil gambar atau video while enjoying the view. Cantiknya subhanAllah





4. Hong Beach

More breathtaking views that will make your jaw drop! 





Instead of snorkeling, korang boleh juga try rock climbing, sea kayaking, jungle trekking dan scuba diving


Ok, done. Dah capek buuuk. Nak balik hotel rest! 

Banana chocolate pancake | Last dinner di Krabi


Day 3 - Check out & heading to Hatyai

Kitorang book van di hotel untuk ke Hatyai. 350 baht/person. Untuk ke station tu perlu naik tuk tuk dulu ya. Tapi tuk tuk tu dah termasuk dalam pakej yang kita book tu. So, tak payah cari sendiri la. Tunggu je dorang datang ambil di hotel


Tunggu tuk tuk | Passport cover - 100 baht (customade)

Suasana di station untuk ambil van ke Hatyai. Mostly dorang semua ni nak ke Patong Beach, Phuket



Setelah 3 jam perjalanan which is aku rasa macam boleh tahan cepat sebab driver van tu bawak laju kemain. Nak race ke apa bang oii. Dah la duduk seat belakang. Sabar je laa. Maybe driver tu dah expert kot. Mana syok bawak slow slow. hahaha. Tapi alhamdulillah la kitorang selamat sampai


Check in Aloha Hotel, Hatyai

-- Aloha Hotel - 1,150 baht/night

Kai Tod Decha Restaurant | First dinner di Hatyai. Jalan kaki je dari hotel

Lee Gardens plaza pon tak jauh dari Aloha Hotel. Akibat kes pengeboman di Songkla hari tu, maka abam polis pon dah bersiap sedia jaga kawasan. Actually Lee Gardens plaza ni tourist hotspots. That's why dorang lebih alert kawasan ni. Nasib tiada perkara yang buruk berlaku masa tu

Day 4 -- Jalan jalan cari makan


Breakfast di hotel je. Kerap betul la singgah 7 Eleven

Keluar lambat sikit daripada sarang sebab plan nak keluar lunch terus. Kitorang decide nak try dim sum yang famous tu. Kena ambil tuk tuk dari hotel sebab agak jauh untuk ke sana. Sampai je terus nampak lautan manusia. Dah boleh agak banyak customer dari Malaysia. Ni Hatyai ke Malaysia ni?  hahaha

-- Tak ingat pulak berapa harga tuk tuk nak ke sini (sorry ya)


Chabura Dim Sum | Boleh laa. Not bad. Tapi tak puas makan sebab portion sikit. Ambil banyak kang nanti kena minta sedekah pulak lepas makan. hahaha

Lepas rasa macam tak berapa nak kenyang makan dim sum, kitorang head back ke Lee Gardens Plaza untuk cari street foods pulak. Nafsu apakah ini

Jangan lupa try ni. Memang paduu | 50 baht

Cukuplah untuk tengahari tu, balik dulu hotel untuk rest sekejap. Petang tu nak keluar cari makan di Khlong Hae Floating Market pulak. Market tu pukul 3 pm baru bukak dan beroperasi cuma pada hari jumaat, sabtu dan ahad.


Macam biasa ambil tuk tuk untuk ke sana. Satu tuk tuk dia charge 500 baht untuk pergi dan balik dan dia tunggu dekat sana selama 2 jam. Kalau naik ramai ramai ni lagi berbaloi laa


Macam biasa dipenuhi dengan tourist dari Malaysia. Alaaa, jiran je kaaan






Memang sedap sedap belaka. Tak mengecewakan. Harga juga affordable. Air dalam bekas buluh ni kena try. Rasa sedap dia lain macam. Sampai 3 kali kitorang ulang beli

Eloklah perut pon dah membuncit ke depan. Balik la dulu. Tunggu dinner pulak. Memang asyik makan je seharian ni (Patutlah suami sis stress bila balik rumah timbang berat. hahaha)


View dari bilik menjelang senja

Repeat dinner di Kai Tod Decha. Kali ni dah insaf sikit. Makan share je. Sharing is caring kaaan. hahaha


Day 5 -- Check out | Hatyai - Padang Besar - Penang


Ambil train ke Padang Besar. Murah je tiketnya. 50 baht/person. Make sure beli awal sehari untuk elakkan korang kena berdiri dalam train nanti. Kalau beli tiket takde no seat tu faham faham je lah

Acah sangaaaat ni. hiks

Classic train | Jangan mimpi la nak ada air cond pulak eh. Kipas atas tu pon macam takde rasa je. Buka je tingkap sebelah tu. Tapi panaihnya boleh tahan laa. Bertahan la selama sejam. Bila lagi nak rasa adventurous journey kan. hahaha


Selesaaai pre-honeymoon trip aku dan suami selama 5D4N. Malasnya nak masuk kerja. Aduduu. Tunggu honeymoon trip pulak eh. Lokasinya rahsiaaa. Boleh berteka teki dulu. K bai! ;)


You Might Also Like

1 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS