­

Petik Strawberry Segar dari Ladang Di Goyang City, Korea Selatan

November 04, 2015

Assalamualaikum.


Siapa yang tak suka buah strawberry? maka rugilah dia. hahaha. dah lah merah sexy. sedap pulak tuu. tapi kalau beli di supermarket, balik rumah makan masam mencuka jugak rasanya kan. nak rasa yang manis kena la makan yang fresh dari ladang punya.

Buah strawberry di Korea sangat terkenal dengan saiznya yang besar-besar dan rasanya yang manis melecas. memang sangat betol. tak tipuu. even beli di market pon rasanya masih manis. nak lagi sedap haruslah petik di ladang. buah strawberry sangat berkembang pesat pada musim bunga. paling best visit Korea on April. boleh tengok bunga dan menikmati strawberry yang sedap. 

Di Goyang City, terdapat sebuah ladang strawberry yang agak besar iaitu (아침이슬농원). so, boleh lah datang ke sini rasai pengalamannya sendiri. ada orang cakap, elehhh, dekat Malaysia pon ada. pergi je lah Cameron Highland. yes, memang betol. tapi percayalahhh.. rasanya tak sama. sekali rasa terus jatuh cinta dengan strawberry di sini. hahaha. aku sampaikan bawak balik ke Malaysia tau. dan rasanya tetap sama. manis melecas. Mmmm

Adress: 634-79 Janghang 1(il)-dong, Ilsandong-gu, Goyang-si, Gyeonggi-do, South Korea


take subway to Daehwa station

Daehwa station

then, dari situ ambil teksi. bagi adress pada driver teksi tersebut. 

dalam perjalanan.

yes! dah sampai tempat yang dituju





kyeopta! comel je budak-budak tadika nie

tak sabar nak petik!



seksi kan?

nak petik pon ada caranya. supaya buah tak rosak. owner farm akan ajar dulu cara nak petik buah strawberry dengan betol



cukup tak sekilo ni? hahaha

hasilnyaaa



dah ready nak timbang

setiap seorang boleh petik sampai 1 kg je. dan setiap 1 kg di charge 15,000 won. 


*if nak balik nanti, kena mintak owner farm tu tolong hantarkan ke station subway, sebab takde transport situ. ada charge extra ye. farm ni jauh sikit dari bandar. so, teksi boleh tolong hantarkan je. takde yang nak datang ambil balik. no choice lah. huhu



You Might Also Like

2 comments

  1. wowwww - pegi dulu musim panas berdentum

    ReplyDelete
  2. Woahhh tuan tanah ni study Korea ka? Uni mana ya? I have quite a few friends there.. Rajin2 ya update blog.. Suka baca entry pasal Korea.. Since orang yang stay sana ofkos la tau banyk tempat yg lagi menarik kan.. Ok follow sini.. Weh strawberry tu tempting gilaaaa

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS