­

Makanan Sedap dan Halal Patot Cuba di Korea

November 03, 2015

Assalamualaikum.


Setiap negara mempunyai pelbagai jenis makanan yang berbeza-beza dengan negara lain. so, kalau kita travel ke tempat orang, tak complete la rasa kalau tak cuba makanan dorang kan. yang mungkin takdak pon dalam Malaysia ni. dan kalau ada pon maybe tak original.

As a muslim traveller, makan pon makan jugak. tapi kena lah cari yang halalan toyyiban. mencari yang halal adalah fardhu. nak cari tu memang agak sukar kalau kita first time jejakkan kaki ke sana. makanya, kena lah buat research sikit before pergi. tanya pakcik Google ke apa kan. kang dekat sana nanti taklah terpinga-pinga sangat. bhahaha.

Makanan halal a bit pricey jugak lah di Korea. so, if nak berjimat cermat, bawaklah makanan dari Malaysia jugak as bekalan perot. tak semua orang tekaknya sesuai dengan masakan Korea ni. dan ada jugak yang sedap sampai kan dah balik Malaysia pon rindu nak makan lagi. T__T so, disini aku senaraikan antara makanan yang boleh korang cuba bila ke Korea nanti. semoga membantu ^^

Bismillah..




01. Tteokbokki (Spicy Rice Cake)


Recommended Place: Crazy Tteokbokki
Location: Hongdae


Selautan seafood untuk awak. Mohon lap air liur atas keyboard tuu


Pedas oii pedas


Kami pilih yang -1 je pon dah berasap telinga tau


Setiap cafe di Korea mempunyai suasana yang sangat tenang dan selesa. Dengan iringan muzik yang mendayu dayu



02. Kimbap (Korean Sushi)


Recommended Place: Food Cafe'
Location: Sinchon/Ewha Womans University


Sambal ikan bilis ada rasa pedas dan manis



03. Galchi Jorim (Braised Hairtail)


Recommended Place: Heuksando
Location: Myeongdong


Macam ikan masak asam pedas. Tapi rasanya berlainan sikit la daripada yang kita dok makan tu. Seaweed soup tu menyelerakan. Rasa fresh. Kimchi pulak merupakan makanan tradisional orang korea. Kalau takdak rasa tak lengkap



04. Godungoe (Grilled Fish)


Recommended Place: Gosamee Restaurant
Location: Sinchon/Ewha Womans University


Sotong pedas tu memang sedap oii. Terangkat kepedasannya. Orang Korea ni memang suka makan makanan yang direbus dan dipanggang. Sayur pulak bermacam jenis dalam satu meal. Sebab tu depa ni sihat sihat dan cantik cantik belaka



05. Bulgogi (Sliced Beef)


Recommended Place: Makan Restaurant
Location: Itaewon (dalam deretan kedai berhampiran masjid)

*Restoran ni adalah halal certified. So, boleh pilih nak makan apa pon tanpa rasa was was

Banchan  (side dish). Sebelum dihidangkan menu utama, boleh melantak side dish dulu. Sedap sedap belaka aihh

Dapat jugak makan daging di Korea ni. Dijamin Halal


Lokasinya



06. Jajangmyeon (Black Soybean Noodle)


Recommended Place: Asian Family Restaurant Dongmoon
Location: Nami Island

*Restoran ni juga adalah halal certified. So, boleh pilih nak makan apa pon tanpa rasa was was. Masakan dari pelbagai negara disediakan di sini

Selalu dok tengok dalam drama Korea, depa makan punya sedap. Meleleh ayaq liuq habeh. Bila dah rasa sendiri baru tau macam mana. Macam makan mee dengan kicap. hahaha

Boleh cari dalam deretan kedai tu. 



07. Jjamppong (Spicy Seafood Noodle Soup)


Recommended Place: Nipong Naepong
Location: Sinchon/Ewha Womans University


*If nak datang makan di sini, better datang dengan tour guide anda yang boleh faham tulisan hangul dan fasih bertutur dalam korean. Sebab ada menu yang perlu dielakkan seperti seperti Alaska Ppong (berasaskan daging) dan sebagainya. Boleh pilih makanan yang berasaskan seafood sahaja. Yang paling recommended untuk try adalah Sweet Potato Pizza!  



Carbonara.


Bolognese.


Sweet potato pizza. Sedap!


Lokasinya



08. Bingsu (Korean Shaved Ice)


Recommended Place: Sulbing
Location: Sinchon or Hapjeong

*If korang visit korea during spring season, strawberry tengah berkembang pesat. So, rugi kalau tak rasa kemanisannya yang segar 

Memang rugi kalau tak cuba. Sedap gila weh. Rasa macam tak cukup semangkuk ni. Ice yang halus dan lembut menuruni tekak dengan kemanisan susu dan strawberry yang perghhhh. Sampai jilat sudu. Tak tipu!


Nampak tak signboard Sulbing yang kecik kat tengah tu haa. Naik ikot tangga tu lah 



Recommended Place: Baekseol Gongju
Location: Sinchon/Ewha Womans University


Yang ni pulak berasaskan kekacang yang sihat. Sedap jugak yang ni pon weh. Tak tipu! Kena try!


Injeolmi Bingsu (mix of nuts and rice cake). 


Ya ampunnn. Macam ni pon hampa tak tergoda lagi? (tepuk dahi)


Lokasinya


Our tour guide tengah place an order



09. Coffee & Dessert


Recommended Place: MANGOSIX Cafe

*Cafe ni ada banyak cawangan sekitar seoul. Aku dah lupa location yang aku pergi ni. hehe. Pepandai lah korang cari nanti ye

Boleh lah berangan minum dengan Lee Min Ho. hahaha


Menu



Recommended Place: Hello Kitty Cafe
Location: Hongdae

*Orang korea ni memang gemar sangat minum coffee. Pergi lah cerok mana pon mesti ada cafe. Decoration cafe dorang pulak comel comel tau. Rugi tak dapat singgah semua. haha

Kalau coffee pon dah comey macam ni, apatah lagi decoration dalam cafe kan. 



10. Street Food




Location: Sinchon/Ewha Womans University

*Kalau korang ke Myeongdong, lagi pelbagai jenis street food yang ada dijual. Sampai naik juling mata lah nak pilih. Tapi jangan main bedal ja. Cari yang halal okay

Roti Telur. Tekstur roti yang lembut macam kek. Memang sedap dan mengenyangkan. Must try!


Sotong Goreng Tepung dan Bercili. Kena sangat dengan tekak orang melayu. Sedap! Must try!


Takoyaki


Location: Pasar Myeongdong


Haa yang ni lah namanya Hotteok (Sweet Korean Pancake). Kita selalu tengok orang korea makan masa winter season kan. Sebab makanan ni kena makan panas panas baru sedap. Dalam tu ada inti madu. Hati hati nah makan, jangan sampai melecuq bibir. hehe

700 won ja sebijik


11. Rice Cake 


Location: Pasar Myeongdong



Rice cake ni diperbuat daripada tepung pulut. So, rasa macam kenyal kenyal sikit. Macam makan kuih koci tu. Inti ada pelbagai, tapi yang common orang korea makan adalah inti sesame seeds.



12. Turkish Kebab


Recommended Place: Mr. Kebab
Location: Itaewon

*Mostly depan kedai kebab ni ada peniaga jual ais krim turki. Bukan macam ais krim biasa tau sebab teksturnya yang kenyal dan liat sikit. Of course lah sedap. Kalau nak beli tu kena banyakkan bersabar lah dengan karenah dorang ni. Jangan cepat fade up okay. Dorang ni suka sangat bergurau dengan tourist. Nak dapat satu ais krim pon kemain susah. haha

Kebab bukan sebarang kebab. Berkhasiat, sedap dan mengenyangkan. Sedap oii.



13. Banana Uyu (Banana Milk)


Location: Any Convenient Store (CU Mart/7Eleven)


Heaven. Tak sah kalau ke korea tak cuba minuman susu pisang ni. Must try!


Ada perisa strawberry, light and original. Semua flavour sedap



14. Albab (Fish-roe Mixed Rice)


Recommended Place: Alchon Restaurant
Location: Sinchon/Ewha Womans University



Macam Bibimbap (nasi campur). Yang warna oren tu adalah telur ikan. Sedap. Must try!










Start with Bismillah and enjoy your meal! Enjoy your travel as well!


You Might Also Like

6 comments

  1. wuwu sedapp semua nanges tgk gamboo T_T

    ReplyDelete
  2. Rice cake kt myeundong dlm gamabr awk ni halal ke mkn?semua rice cake halal ke?boleh x bg nama kedai yg specifik?

    ReplyDelete
  3. Assalam. rice cake tu boleh beli terus atau kena tny mcm 'ada alcohol ke'?
    sama juga utk street food di myeongdong, mcm sotong goreng tu, kena tny ke or boleh beli terus? contoh 'pakai minyak sayuran ke?'
    terima kasih sis

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS