CABARAN 30 HARI | HARI - 9 : 5 LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN CIK AYU
September 09, 2014Assalamualaikum ^^
CABARAN 30 HARI | HARI - 9 : 5 LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN CIK AYU
errrr.. rasa macam segan pulak nak taip entri ni. macam agent cari calon suami pulak. hahaha! sebenarnya kadang kadang susah nak describe dengan kata kata pasal lelaki ni. sebab manusia ni complicated. at first, kita tengok luaran orang tu kita dah macam dapat agak dia ni orangnya macam bla.. bla.. bla... but, lepas dah kenal dia heart to heart. ohh, rupa rupanya dia ni macam ni, macam tu. tak seperti apa yang kita sangka from his first appearance. sebab tu orang kata, "tak kenal maka tak cinta". hehhhh
tapi, aku tetap sahut cabaran ni. so, let's see siapa lima lelaki yang menarik perhatian aku. cewahhh!
1. BERIMAN
sejuk mata memandang. sejuk lagi perot ibu mengandung. kalau dia sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH, InsyaaALLAH dia dapat menunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki yang beragama Islam. maka, pilihlah dia untuk dijadikan suami :)
2. KEMAS & BERSIH
haaaa, aku paling titik beratkan bab ni. hati aku akan cair bila mana tengok lelaki yang segak berpakaian kemeja, siap dengan tali leher. kasut hitam berkilat. rambut pendek disisir rapi dengan gel. jalan dengan penuh humble masuk ke pejabat. perghhhh! mau gugur jantung jatuh ke lantai. dengggg!
macam ni lah maksud aku. hikhikhik |
3. TIDAK MEROKOK
aku allergic bau asap rokok. sebab asap rokok tu buat aku rasa nak marah. hahaha! kang tak pasal pasal dapat penyakit free. kenapa lah orang suka merokok eh. tak macho langsung pon. bibir hitam. gigi kuning. nafas berbau. euwww! maaf kalau ada yang terasa. tapi itu lah hakikatnya
4. ROMANTIK
ini memang menjadi idaman setiap perempuan. tak gituuu. hahaha! romantik banyak caranya. kena dengan gaya, konfem jatuh cinta hari hari. ngeeeee
Romantik kann. kann. kann.! |
5. MEMAHAMI & MENYAYANGI
sekali dah faham, terbit rasa sayang. aku pon faham perempuan ni macam mana. kadang kadang marah tak bertempat, merajuk tak kena masa. tapi, semuanya bersebab. so, lelaki should faham lah. hurmmm!
dah dah. rasa macam nak menyorok bawah katil bila baca balik entri ni. LOL *_-
ok. done. #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day9
0 comments
Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih