CABARAN 30 HARI | HARI - 11 : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK

September 11, 2014

Assalamualaikum ^^



CABARAN 30 HARI | HARI - 11 : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK


HAHAHA! bila ingat balik kenangan dolu dolu memang rasa geli perot nak gelak. zaman hingus meleleh pon lap dekat baju. tapi, seriously cakap lah, kanak kanak zaman dulu banyak beza dengan sekarang. totally banyak beza. main congkak pakai biji getah, tuju guli, gasing buat sendiri dengan kayu pokok jambu batu, main kawen kawen, main masak masak, main layang layang buat dengan kertas surat khabar, tangkap ikan dalam lumpur. ada lagi ke sekarang ni semua tu? hurmm. kanak kanak zaman laa neh, main game dalam ipad, dalam phone, main psp. tak main dah kotor kotor macam dulu. begitulah peredaran zaman berlaku. 

dulu depan rumah aku ada sepokok buah jambu batu. pokok tu tinggi lah jugak. so, kalau nak ambil buahnya memang kena guna galah atau panjat lah. memang selalu lah aku jadi spiderman merangkak naik panjat pokok tu. makan buah atas pokok pulak. biji buat baling kucing dekat bawah. perghhh! masa tu kalau tak silap umur aku dalam 5 @ 6 tahun macam tu. tak padan dengan perempuan kan. so, fahamlah aku kenapa sekarang ni aku sangat sayangkan kucing. rupanya sebab dulu aku selalu buli dorang. hahaha!

al-kisahnya, ada satu hari tu. aku panjat dengan berbaju kurung kuning corak polkadot. ingat lagi okeh. hahaha! bajet macam perempuan ayu yang rare lah kononnya. haktuiii! alangkah malang tak berbau. masa nak turun kain aku tersangkut dekat dahan pokok. then, kain terkoyak! bangggg! aku jatuh pokok. sakitnya hanya Allah yang tahu. besok tu pergi PASTI dengan mulut bengkak bengkak. malu! hahaha! walaupun kenangan ni macam pahit je rasa kan. tapi bagi aku lucu! pokok jambu tu pon dah kena tebang. kenangan oh kenangan. tu tak cerita bab sleepwalking aku lagi masa kecik kecik dulu. cukup cukuplah satu ni ye. hihihi




ok. done.  #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day11



You Might Also Like

1 comments

  1. anak gadis dulu2 memang lasak compare dgn anak gadis sekarang ni, my wife selalu je cakap benda yg sama dengan anak2 gadis pcl.. tak lasak , lemah lembut je bila nak buat kerja.. sesaja nak naikkan semangat dorang supaya org perempuan pon kena lasak jugak .

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS