JEJU ISLAND (WINTER TRIP, 2019) - DAY 5

June 10, 2019

Assalamualaikum ♥



Day 5 - 16.02.2019 (Saturday)

Last day dah! Alaaa.. malas balik Malaysia. Hmmm. Lepas check out pagi tu, kami macam takde plan apa sangat pon. Flight pon macam lambat lagi. Tak elok pulak buang masa gitu je. so, kami decide nak chill2 je area hotel tu before nak pergi hantar kereta sewa. Apa lagi, jom mengopi lah! (kata sis). Husband pun redha je laa. hahaha. 


Lawa jugak rooftop hotel ramada ni


Mengopi di sini lah yo. Cafe oppa so ji sub ni. Nasib baik oppa takde. Kalau tak memang tak balik malaysia la sis 😝

Kalau dekat seoul banyak je branch cafe ni. Sini macam jarang pulak nak jumpe


Chubby yang tiada tolok bandingnya

Sebelum hantar kereta, minyak kena isi full dulu okay. Nanti memang dorang akan check betul2 tank kereta tu. Tak boleh kurang sikit pon eh. Dorang memang strict. Total mileage kami drive di jeju untuk 5 hari - 60,659 km. Kalau nak isi full dekat petrol station korang just cakap 'kadeuk' (full). Dorang faham la nanti tu. Kami kena bayar 25,000 KRW untuk full tank. 1L - 1,390 KRW


Lepas selesai urusan hantar kereta semua, ambil shuttle bus untuk ke airport

Better korang datang awal sikit la sebab urusan check in memang mengambil masa yang agak lama. Dorang memang check betul2 luggage korang tu

Since ada extra korea won, shopping lah dulu sikit dekat sini. Untuk dapat harga discount, korang boleh buat member card dulu. Free dan kejap je. Cuma bagi passport dan flight ticket korang nanti dekat kaunter customer service

Time to boarding. Bye Jeju. I'm gonna miss u a lot! A lot! 



Total cost day 5:

- Coffee & cake (A twosome place) │ 17,500 KRW
- Petrol │ 25,000 KRW
- Innisfree serum │ 43,000 KRW



Next honeymoon trip? (sis nak pergi pujuk husband lah kejap) 😂

You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS