­

JEJU ISLAND (WINTER TRIP, 2019) - DAY 3

March 14, 2019

Assalamualaikum ♥


Day 3 - 14.02.2019 (Thursday)

1. JEONGBANG FALLS (+82-64-733-1530) - 45 mins from seongsan

Selain dikenali dengan pantai dan laut yang cantik, Jeju juga terkenal dengan beberapa waterfall yang mempunyai keunikan tersendiri. Walaupun nampak hampir sama, setiap lokasi ada cerita yang tersembunyi disebaliknya.

Lepas selesai urusan check out, kami bertolak awal pagi untuk ke destinasi seterusnya. Hari ni schedule agak pack. Banyak tempat nak pergi. Dan gambar pon ada berjuta lemon. Mohon jangan menyampah ye


Breakfast dalam kereta je. Kalau datang korea coffee ni tak pernah lupa. Walaupun instant tapi sedap

Chubaaaaal! 😎

Ticket counter



Dah nampak sipi2 tu




💗 Jeongbangpokpo Falls is among the top three waterfalls of Jeju-do and is the only waterfall in Asia to fall directly into the oceanNext to the waterfall is an inscription reading “Seobulgwacha,” referring to Seobul passing by this place. Seobul was a servant of the Emperor of the Chinese Qin Dynasty (BC 259~210) who was ordered by the Emperor to find a substance that would make him immortal. Seogwipo is also said to have gotten its name from this story, meaning "Seobul Headed Back West." [Source: VisitKorea Website] 

[Mitos - Warga sekitar percaya bahawa ada naga yang hidup dalam air terjun ni. Kekuatan sang naga tu dipercayai dapat menyembuhkan penyakit jika seseorang meminum air dari air terjun Jeongbang tersebut. ]


Berdekatan batu2 bawah tu ada ahjumma yang jual sashimi (sliced raw seafood)

Nak try? 😂

Ada juga kedai2 berdekatan area kaunter tiket tu. Sis nak beli jus hallabong tuu

Naaaah.. dapat dah! Comel je bekas dia kan. Rasanya macam jus oren la. Masam2 manis


Lulus tak kalau nak jadi duta jus hallabong ni. hahaha

Jalan-jalan sekitar lokasi Jeongbang falls


2. CHEONJIYEON FALLS (+82-64-732-2888) - 2 mins from jeongbang falls




Memula kami ingat the only way nak beli tiket hanyalah guna machine ni, which is memang totally in korean language. So, memang struggle habis nak pilih option yang betul. Luckily, husband sis berjaya in one try. Daebak! Proud gila bila nampak tiket tu keluar


Padahaaal.. ada je kaunter tiket manual sebelah. hahaha. Lesson learned 😆




💗 The water at Cheonjiyeon Falls, meaning "sky connected with land," appears to fall from the heavens, giving the falls its name. Apart from the wild Dampalsu trees, designated as Natural Monument No. 163, the wooded area also contains a great variety of rare plants such as brambles, Songyeopnan as well as Gusiljappam trees, Sanyuja trees (Chinese lemon trees), and camellias which all make up a forest specified as Natural Monument No. 379. Take a walk along the subtropical path towards the Cheonjiyeon Falls for a kilometer and you will be able to hear the magnificent sound of the water falling. The waterfall is 22m high, 12m wide and 20m in depth. The clear and deep water of Cheonjiyeon Falls is designated as Natural Monument No. 27 and is renowned as a habitat for Mutae eels (Natural Monument No. 258). [Source: VisitKorea Website]

[Mitos -  Lagenda menceritakan ada tujuh bidadari turun dari langit dengan menggunakan tangga awan lalu mandi manda di kolam air terjun ni. Penduduk tempatan percaya bahawa air terjun ni membawa berkat kepada pengantin baru.]


Dua2 membesar dengan jayanya. Tahniah! hahaha

Pakat berebut nak ambik gambar dekat port ni. Sebab sini je la paling dekat dengan air terjun pon

Tengoklaa air dia, jernih betul

Jeju dengan batu2 simbolik ni berpisah tiada

Pancake sotong ni juga sis tengok merata tempat ada jual


3. JUSANGJEOLLI CLIFF (+82-64-738-1521) - 15 mins from cheonjiyeon falls



Kali ni kami proceed je beli tiket di machine jugak. Dah pro la katakan. hahaha




💗 Jusangjeolli are stone pillars piled up along the coast and is a designated cultural monument of Jeju Island. Jusangjeolli Cliff was formed when the lava from Hallasan Mountain erupted into the sea of Jungmun. They are rock pillars shaped like cubes or hexagons of various sizes and almost seem as if stone masons had carved them out. The administration of the district named them 'Jisatgae Rocks' from their old name 'Jisatgae'. The 20m cliff makes it a popular spot for high tide and sea angling. The waves of the high tide crashing into the side of the cliff provide a breathtaking view of the ocean surrounding the pillars. [Source: VisitKorea Website]





Port ambik gambar. Kena struggle sikit la cari angle untuk dapat gambar yang cantik


4. LUNCH │ CHUNSIMINE (+82-64-794-4010) - 8 mins from jusangjeolli cliff

Oleh kerana day-2 tak dapat makan sedap, makanya day-3 ni kita tapau habis habisan. Berdekatan dengan area jusangjeolli cliff tu ada sebuah restaurant muslim friendly yang recommended by some bloggers. Memang tak murah weh. Makanan yang sedap dengan layanan yang tip top. Patutla mahal pon. Worth it! 




Terkenal dengan menu grilled hairtail fish. Banchan (side dish) nampak sikit2 je portion dia kan. Tapi memadai sebab banyak jenis

Waiter tolong buang tulang ikan. Husband sis tengah teruja jap tuu 

Ikan tu sedap weh. Tak dapat la dekat Malaysia ni


Licin kami belasah. hahaha

Capture the moment (On the way to camellia hill)


5. CAMELLIA HILL (+82-64-792-0088) - 5 mins from chunsimine

Actually, sis sangat excited nak datang sini tau. Sebab sis sejenis yang suka bunga. Bunga camellia memang berkembang mekar dalam winter season. Bila waktu peak tu, memang cantik gila. 


Ini view dalam imaginasi sis (gambar: google)




Luas jugak tempat ni kalau nak explore semua


Tapi.. agak kecewa hati ni bila view dah tak seperti dalam bayangan sis. Bunga dah habis gugur sebab dah hujung winter. Bunga pon dah tak banyak tinggal dekat pokok tu. Bila ambik gambar pon nampak biasa je. Takpe la, takde rezeki kali ni. Mana tau boleh datang lagi next time ke. hehehe


Pelbagai jenis bunga camellia yang ada












6. OSULLOC TEA MUSEUM (+82-64-794-5312) - 11 mins from camellia hill

Dengan membawa hati yang lara, kita sejukkan tekak dulu la dengan makan ice cream green tea. Tempat ni korang wajib singgah. Ladang green tea memang nampak biasa je. Tapi kalau korang rasa ice cream dia, perghhh.. confirm terus jatuh cinta. Rasa yang authentic. Sampai sekarang masih terasa kesedapannya. Ermmm..





Museum ni opposite green tea farm tadi. Kena cross jalan. Dalam museum ni ada cafe yang jual pelbagai jenis makanan, minuman dan produk daripada green tea. 



Taraaaa! Sedap weh sedap. Walaupun makan sambil menggigil, tapi tetap enjoy the taste 😍

Matahari pon dah hampir terbenam. Jom lah balik bang!


7. FAMILIA HOTEL (+82-64-738-2599) - 25 mins from osulloc tea museum


Check in di hotel yang ke-2 untuk 1 night stay


Total cost day 3:

- Entrance fee (jeongbang falls) │ 2,000 KRW/pax
- Hallabong juice │ 3,000 KRW/bottle
- Entrance fee (cheonjiyeon falls) │ 2,000 KRW/pax
- Munobbang (octopus pancake) │ 3,000 KRW/each
- Entrance fee (jusangjeolli cliff ) │ 2,000 KRW/pax
- Parking fee at jusangjeolli cliff │ 500 KRW
- Lunch at chunsimine │ 78,000 KRW/set
- Entrance fee (camellia hill) │ 8,000 KRW/pax
- Osulloc tea museum (set A - ice cream+ice blended+cake) │ 17,300 KRW/set
- Familia hotel (1 night) │ 66,000 KRW


* SOLAT - di jeju agak susah nak cari tempat yang proper untuk solat. Korang kena standby sejadah dan telekung. In case tak sempat balik hotel ke apa, boleh cari tempat lapang yang bersih untuk solat. Install app muslim pro dalam phone untuk refer kiblat. 



Bubbyeee 👋.. jumpa lagi di entri seterusnya!


You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS