Ayam Penyet AP

February 04, 2016

Assalamualaikum.


Bukan senang nak update entri makanan. menaip pon meleleh ayaq liuq oii. hahaha. last weekend cek pi Kedah tau. saja nak habaq walaupun dekat ja pon dengan Penang. hahaha. dan tersinggah lah ke Amanjaya Mall, Sungai Petani. tetibah perot teringin nak makan ayam penyet. and luckily, dalam mall tu ada Restoran Ayam Penyet AP. tak sangka ramainya customer lunch di situ. dah kalau ramai confirmlah sedap kan. so, just give it a try. 


Sepinggan ayam penyet ap berharga RM 10.50. Harga nasi dan ayam berlainan ye



Memang sedap habaq mai. portion ayam yang besar dengan isinya yang lembut. dan sambalnya yang pedas kaw kaw. memang terangkat beb! tolonglah bukak satu outlet di Penang. tolonglahhh. nanti tetiap minggu cek pi makan tau. hehehe. cumanya servis agak slow. makanan lambat sampai. nasib baiklah cek ni penyabar orangnya. kalau tak mau dah terbalik meja tu cek kerjakan. kehkeh

Boleh bukak official website dorang ni Ayam Penyet AP untuk lebih info untuk pelbagai menu dan outlet yang ada. 




You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS