Malaysia mengalami musim bunga !

April 06, 2014

Assalamualaikum ^^

Taken at Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia.
Date : 05 April 2014












Malaysia adalah negara yang beriklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. so, memang tak mengalami 4 musim macam negara negara lain. aku ambil contoh Korea la, Musim Panas atau Summer (Jun, Julai, Ogos), Musim Luruh atau Autumn (September, Oktober, November), Musim Sejuk atau Winter (Disember, Januari, Februari), Musim Bunga atau Spring (Mac, April, Mei). so, it means, sekarang nie kalau di Korea tengah mengalami spring season lah. bunga bunga pon tengah bloom dengan mekarnya. gituuu..

but, the most suprising thing is Malaysia pon mengalami spring season dah oii. kalau nak rasa macam dah sampai ke Korea tuu, mai la singgah utaqha nie. bhahaha.. memang subhanAllah.. cantik melampau ! Sangat teruja okeh. korang bayangkan jalan raya tu dah macam permaidani bunga. siap nak tidoq guling guling atas tu pon boleh aihh. ramai yang dah mengupload gambar bunga yang dikatakan bunga sakura nie di laman sosial like Facebook, Twitter, Instagram and etc. lepas nie, kalau orang tanya, 'kau dah sampai Korea ke?' dan dengan bangganya jawablah, 'dah, dekat je rumah aku dengan korea tuu'. krikkk.. krikkk.. krikkk.. 

semalam masa aku nak ambil gambar bunga nie, aku hairan lah kenapa kereta depan aku nie drive punyalah slow kalah siput sedut. then, aku skodeng lah betol betol pakai magnifier lens ajaib aku nie. errkkk, rupa rupanya dorang tengah ambil gambar bunga bunga nie jugak. lepas tu nampak pulak pakcik pakcik dan makcik makcik pon tengah selfie bawah pohon sakura. see, semua orang dah terobses dengan kehadiran spring season di penang nie. huhuhu..

actually, bunga nie bukan bunga sakura pon. nama jolokan orang ramai je sebab warna pink dia tu. sebenarnya pokok ni namanya pokok Tabebuia


Nama Botani : Tabebuia sp.
Common Name: Pink Trumpet Tree 
Famili : Bignonicecae

Pokok tabebuia yang juga dikenali dengan nama pokok tecoma dan pink trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico sehingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan. Terdapat lebih 50 spesis tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya. Pokok daripada spesis tabebuia ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu. Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan balak. Tabebuia membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.



You Might Also Like

3 comments

  1. Syoknya! Boleh guling-guling buat citer bollywood kat sini :)

    ReplyDelete
  2. wah so sweet...dkt sni pun ada, cuma xlebat sgt bbunga bbnding penang..hihi..ayu xbergmbr2 ka? lau buat photoshop wedding ni ctk ni :)

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS