­

Selamat Datang Tahun 2014

January 07, 2014

Assalamualaikum ^^

ehemmm.. rasanya belom terlambat kot. kann.. kann.. baru nak wish HAPPY NEW YEAR ! untuk korang semua. banyak sangat kenangan dalam tahun 2013. rasa sayang nak tinggal. tapi bila tahun 2014 dah muncul depan mata, nothing to say. just face it. kenangan pahit kuburkan jauh jauh dalam hati. kenangan manis kenang sampai bila bila. apa yang hilang, relakan ia pergi. apa yang ada, jaga baik baik. pahit manis yang berlaku dalam hidup, jadikan ia sebagai pedoman dan pengajaran untuk kita teruskan liku liku kehidupan yang mendatang.

angka pada umur memang akan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. biar tua pada umur tapi muda pada jiwa dan minda. okey? semoga tahun 2014 nie membawa lebih banyak kebahagiaan daripada kedukaan dalam hidup kita. Amin.. tutup buku lama dan buka lembaran yang baru. azam baru aku? ermmm.. ermmm.. tak pikir lagi buat masa sekarang. huhuhu.. azam yang tahun lepas pon belom tertunai sepenuhnya. apa apa pon, i wish i can smile everyday each time i woke up from sleep :) yang tengah counting the days untuk bertunang, berkahwin atau melahirkan anak tu, tahniah ye. semoga sentiasa berbahagia. walau ujian sebesar mana pon yang datang, hadapi lah dengan tenang dan sabar. itu buktinya ALLAH masih sayangkan kita.









You Might Also Like

0 comments

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS