Rumah Erra Fazira Hampir Dirompak

April 02, 2013

Assalamualaikum ^^


Erra Fazira dilanda trauma selepas rumah hampir dirompak.




KUALA LUMPUR: Rumah pelakon dan penyanyi Erra Fazira di Damansara telah dipecah masuk oleh dua lelaki yang tidak dikenali dipercayai mahu mencuri kereta pada tengah hari Isnin.
Menurut Erra menerusi laporan akhbar Harian Metro, kejadian berlaku apabila Erra, anaknya, Engku Aleesya dan pembantu rumahnya tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah.
"Kami keluar dari rumah pada pukul 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.
“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan.
"Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu,” katanya.
Menurut pengacara program Primadona ini, perasaan traumanya masih terasa dan membuatnya terfikir untuk berpindah ke rumah lain.
“Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian berlaku ketika kami tiada di rumah, kalau tidak entah apa yang mungkin terjadi," ujarnya


sumber : mStar Online

You Might Also Like

5 comments

  1. bahaya nye, kena hati2 laa lepas ni >.<

    ReplyDelete
  2. aduh skrg ni org asyik gune shorcut je nk cr duit

    ReplyDelete
  3. bahaya tu.nasib baik dorg xde kt umh ka

    ReplyDelete
  4. mmg risau klu jd mcm ni..

    dari GA yg sama..

    juga dari GA Nurul-->http://tengkubutang.blogspot.com/2013/04/contest-header-paling-meletop-2013-by.html

    Done follow/already follow here..

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS