Wayang Time : Filem Seram 'Highland Tower' !

November 11, 2013

Assalamualaikum ^^

hai hai hai ! macam cantik je, macam comel je cuaca hari nie.kann kann.. tapi masuk masuk ofis hari nie dah menguap bagai.herrrrr.. sekarang nie kalau weekend je, mesti jadual penuh dengan aktiviti berpoya poya.hahaha.. sebabnye bila dah start tahun depan, aku akan mula busy busy busy dan super duper busy.insyaAllah akan melangkah ke fasa hidup yang seterusnya.maka, banyaklah benda nak kena settle kan.semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku.Amin..

okey.tinggal bab tu kejap.meh nak story story dengan korang aktiviti aku semalam.al-kisahnya, adek adek kesayangan aku nie ajak tengok wayang.movie hantu pulak tuh.aku nie, kalau nonton wayang cerita hantu nie lah yang lemah sikit.nanti bukan aku yang tengok wayang.tapi jari aku yang menempek dekat muka.hahaha.. mana taknya, tengok celah celah jari je.bukan takot hantu tu sangat pon*hakikat sebenarnya takot, tapi takot terkejut kalau hantu tu tetiba muncoi depan skrin.aku nie memang pantang terkejut.karang terkantoi laa melatah.oopppssss, huhuhuuu..

kitorang pilih movie 'Highland Tower'.errrrr.. nak kata seram tu tak seram sangat lah.tapi meremang jugak bulu roma nie.sebab apa yang dorang record tu semua betol betol,.bukan guna teknik CGI ke ape.hantu yang muncoi tu memang real kot.bunyi bunyi bayi menangis bagai dalam cerita tu pon real.dah tempat tu memang berhantu pon kan.they make it like aktiviti paranormal macam dalam cerita Seekers tu.sampaikan ada penonton yang kena histeria masa tengah tonton movie nie.errrrrr.. tahniah Piere Andre sebab berjaya keluarkan filem berdasarkan realiti menerusi teknik rakaman sebenar (live recording) atau ‘found footage’ . ;)






Sinopsis 'Highland Tower'

Kisah dua sahabat iaitu Mika dan Nizam yang ingin membuat dokumentari pendek di sebuah tempat seram di bangunan bersejarah Highland Tower. Dengan bantuan produksi MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapat dana untuk merealisasikan impian mereka.
Pihak produksi telah menambah pasukan Mika dan Nizam dengan kemasukkan Edy, Shima Anuar dan Atikah. Pada malam pertama membuat liputan, macam-macam kejadian aneh berlaku sehingga ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan dan kamera lampu tiba-tiba terpadam.
Lagi mengejutkan, Shima telah hilang dan disembunyikan oleh sesuatu.Team Mika dan Nizam berasa susah hati dan mereka mencari Shima sehingga jumpa. Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower dan ada benda yang telah mengikut mereka.






* dengan adek at Jusco Perda :) handbag Gucci daripada Koleksi Beg Stylo memang terbaek ! selesa sangat pakai.banyak lagi pattern yang menarik dan cantek.korang boleh godek godek dalam album beliau dalam facebook.





You Might Also Like

2 comments

  1. takut nak tengok. takut night and daymare. hehe

    ReplyDelete
  2. tgh layan highland tower .. 2021 masa pkp .. ;p

    ReplyDelete

Sila komen dengan ikhlas. Terima kasih

FOLLOWERS